UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :DS Asia
Main Author :Siti Norhamidah Abu Bakar
Title :Jajahan Dinging era Negeri-Negeri Selat 1874 - 1935
Hits :2
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of Publication :2024
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Click to view PDF file

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian ini berkaitan Jajahan Dinding semasa berada di bawah pentadbiran British dan Negeri-negeri Selat bermula tahun 1874 sehingga 1935. Kajian ini dibuat bagi memenuhi kekurangan kajian dan maklumat berkaitan perkembangan Jajahan Dinding semasa diambil alih sepenuhnya oleh British dan diletakkan di bawah pentadbiran Negeri-negeri Selat. Selain itu, kajian dibuat bagi menilai dan meneliti perubahan yang berlaku dalam aspek politik dan ekonomi di Jajahan Dinding. Kajian juga akan turut menganalisis kemajuan yang berlaku semasa Jajahan Dinding ditadbir oleh kuasa British dan Negeri-negeri Selat bermula tahun 1874 sehingga tahun 1935. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif menerusi instrumen mengenalpasti dan menganalisis data secara analitikal dan kritis daripada semua sumber yang diperoleh. Antara sumber primer yang digunakan adalah melibatkan pengumpulan data daripada Fail Kolonial (C.O), Secretariat Selangor, Fail Dinding Kolonial (D.C.F) dan juga beberapa sumber rasmi yang lain seperti Annual Report yang diperoleh daripada simpanan arkib. Penggunaan sumber kedua turut digunakan dalam kajian merangkumi bahan bacaan dan terbitan, selain daripada temuramah waris kepada tokoh yang terlibat serta kajian lapangan ke lokasi kajian. Dapatan kajian jelas menunjukkan Jajahan Dinding mengalami perubahan politik yang unik semasa berada di bawah pentadbiran Negerinegeri Selat, selain turut berlaku perkembangan dan perubahan yang positif dalam aspek ekonomi dan sosial masyarakat Dinding bermula tahun 1890 sehingga tahun 1934. Kajian ini penting bagi menyedarkan masyarakat setempat tentang wilayah Dinding yang merupakan salah satu daripada wilayah Negeri-negeri Selat, namun kurang diberikan pendedahan yang sepatutnya berbanding wilayah lain seperti Pulau Pinang, Melaka dan Singapura._
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.