|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
|
||||||||||||||||||||||||
| Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
| Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara amalan motivasi pengurusan pentadbir sekolah dengan tahap kepuasan kerja guru dalam kalangan guruguru sekolah menengah kebangsaan di negeri Perak. Fokus kajian ini adalah pada empat dimensi utama amalan pengurusan pentadbir sekolah: pengiktirafan bukan kewangan, pembangunan profesional guru, persekitaran kerja, dan penglibatan dalam pengurusan sekolah. Tahap kepuasan kerja guru dinilai berdasarkan prestasi kerja, komitmen kerja, kesetiaan, dan pengekalan. Kajian ini juga mengenal pasti perbezaan tahap kepuasan kerja berdasarkan jantina, tahap pendidikan, dan tempoh perkhidmatan guru. Seramai 375 guru dari 12 buah sekolah menengah kebangsaan telah dipilih secara rawak mudah sebagai responden. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan kaedah soal selidik untuk pengumpulan data. Kebolehpercayaan instrumen disahkan dengan nilai Alpha Cronbach 0.942 untuk amalan motivasi pengurusan dan 0.944 untuk kepuasan kerja. Hasil kajian menunjukkan bahawa amalan motivasi pengurusan pentadbir sekolah berada pada tahap yang tinggi (min = 3.77, SP = 0.76), manakala tahap kepuasan kerja guru berada pada tahap sederhana (min = 3.60, SP = 0.63). Keputusan ANOVA sehala menunjukkan tiada perbezaan signifikan dalam kepuasan kerja berdasarkan tahap pendidikan (F(2, 372) = 0.182, p = 0.834) atau tempoh perkhidmatan guru (F(3, 371) = 1.502, p = 0.213). Walau bagaimanapun, ujian t-test mendapati terdapat perbezaan signifikan dalam tahap kepuasan kerja berdasarkan jantina, di mana guru lelaki mencatatkan min kepuasan kerja yang lebih tinggi berbanding guru perempuan (t = 4.73, p < 0.001). Analisis korelasi Pearson menunjukkan hubungan positif yang signifikan antara dimensi amalan motivasi pengurusan pentadbir dengan kepuasan kerja (nilai r antara 0.491 hingga 0.739, p < 0.05), kecuali pengekalan yang menunjukkan hubungan negatif lemah. Secara keseluruhannya, implikasi kajian ini adalah penting untuk Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam usaha meningkatkan amalan motivasi pengurusan sekolah dan memperbaiki tahap kepuasan kerja guru. Kajian ini memberikan pandangan yang berguna mengenai amalan motivasi pengurusan pentadbir sekolah dan kesannya terhadap kepuasan kerja guru, serta mencadangkan penambahbaikan untuk masa hadapan dalam pengurusan pendidikan._ |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |