UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Nur Liyana Athirah Anuar
Title : Persepsi guru Pendidikan Islam terhadap pengajaran digital
Hits :0
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of Publication :2025
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Access to this item is restricted as it is published less than 1 year ago.

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi guru Pendidikan Islam terhadap pengajaran digital, khususnya dari aspek kebolehgunaan alatan digital, kemahiran dan sikap mereka terhadap penggunaannya. Kajian ini menggunakan pendekatan deskriptif analisis data secara kuantitatif dengan melibatkan populasi guru Pendidikan Islam seramai 320 orang dan 175 responden di sekolah rendah Hulu Selangor. Instrumen kajian adalah daripada tujuh orang pakar kesahan, manakala kebolehpercayaan adalah untuk memastikan ketepatan pengukuran data yang dikumpul. Data dianalisis dengan menggunakan borang soal selidik dalam talian yang diisi oleh responden secara rawak. Dapatan kajian menunjukkan bahawa persepsi guru Pendidikan Islam terhadap penggunaan aplikasi digital dalam pengajaran adalah positif. Guru-guru secara umumnya berpersepsi bahawa kemahiran menggunakan aplikasi digital bukan sahaja memudahkan penyampaian ilmu, tetapi juga membantu dalam usaha membina akhlak murid dengan menggunakan pendekatan yang interaktif dan menarik. Kecekapan iaitu kebolehgunaan alatan, kemahiran dan sikap guru dalam menggunakan aplikasi digital turut berada pada tahap yang memuaskan. Keputusan ujian-t mendapati terdapat perbezaan signifikan dalam persepsi guru terhadap pengajaran digital berdasarkan jantina, dengan nilai p = 0.034 (p < 0.05) dan saiz kesan yang kecil menyebabkan hipotesis nul ditolak. Manakala analisis hubungan melalui varian ujian ANOVA sehala menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam kebolehgunaan alatan digital dengan umur dan hipotesis nul diterima. Berdasarkan dapatan ini, kajian mencadangkan agar sokongan tambahan dalam bentuk latihan khusus dan peningkatan infrastruktur diberikan kepada guru Pendidikan Islam untuk memperkukuh penggunaan pengajaran digital. Penyelidikan lanjutan dicadangkan untuk mengkaji faktor-faktor lain, seperti kesediaan mental dan sokongan pentadbiran sekolah, yang mungkin mempengaruhi penerimaan dan keberkesanan penggunaan teknologi digital dalam Pendidikan Islam.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.