Pengaruh aktiviti pemasaran dalaman ke atas amalan tingkah laku kewarganegaraan organisasi dalam kalangan guru di sekolah kebangsaan daerah Mersing Johor
Pengaruh aktiviti pemasaran dalaman ke atas amalan tingkah laku kewarganegaraan organisasi dalam kalangan guru di sekolah kebangsaan daerah Mersing Johor
Type
Thesis
Main Author
Mohd Hazzan Othman
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of publication
2024
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun
Abstract
Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti tahap amalan pemasaran dalaman dan tahap aktiviti tingkah laku kewarganegaraan organisasi dalam kalangan guru di sekolah kebangsaan di daerah Mersing, Johor. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji pengaruh aktiviti pemasaran dalaman ke atas amalan tingkah laku kewarganegaraan organisasi dalam kalangan guru di sekolah kebangsaan. Kaedah pendekatan kuantitatif telah digunakan dalam kajian ini. Pengumpulan data kajian dibuat berdasarkan sampel yang terdiri daripada 280 orang guru-guru sekolah kebangsaan di daerah Mersing, Johor. Kaedah persampelan melibatkan pensampelan secara berkelompok dan secara rawak mudah. Soal selidik digunakan sebagai instrumen bagi mengumpul data kajian. Kajian ini menggunakan analisis statistik deskriptif dan analisis inferens bagi memenuhi objektif kajian. Analisis statistik deskriptif dijalankan bagi menentukan tahap aktiviti pemasaran dalaman dan tahap amalan tingkah laku kewarganegaraan organisasi. Analisis ini juga digunakan bagi melaporkan gambaran keseluruhan profil responden. Analisis regresi linear mudah pula dilakukan bagi tujuan menguji hipotesis yang dicadangkan. Dapatan menunjukkan bahawa aktiviti pemasaran dalaman (x=4.47) dan amalan tingkah laku kewarganegaraan organisasi (x = 4.57) berada pada tahap yang tinggi. Seterusnya, hasil analisis regresi linear mudah juga menunjukkan bahawa aktiviti pemasaran dalaman mempunyai pengaruh yang signifikan ke atas amalan tingkah laku kewarganegaraan organisasi (_=0.803, p < 0.05). Kesimpulannya, peningkatan dalam pelaksanaan aktiviti pemasaran dalaman di sekolah mempengaruhi peningkatan dalam amalan tingkah laku kewarganegaraan organisasi dalam kalangan guru di sekolah. Implikasinya, aktiviti pemasaran dalaman berupaya membantu pihak yang berkaitan dalam merancang dan melaksanakan polisi-polisi yang bersesuaian sebagai usaha untuk memperkasakan sektor pendidikan di Malaysia seperti pelaksanaan sistem tadbir urus yang berkesan dan menggalakkan persekitaran pekerjaan yang harmoni.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.