|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
|
||||||||||||||||||||||||
| Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
| Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti tahap amalan pemasaran dalaman dan tahap aktiviti tingkah laku kewarganegaraan organisasi dalam kalangan guru di sekolah kebangsaan di daerah Mersing, Johor. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji pengaruh aktiviti pemasaran dalaman ke atas amalan tingkah laku kewarganegaraan organisasi dalam kalangan guru di sekolah kebangsaan. Kaedah pendekatan kuantitatif telah digunakan dalam kajian ini. Pengumpulan data kajian dibuat berdasarkan sampel yang terdiri daripada 280 orang guru-guru sekolah kebangsaan di daerah Mersing, Johor. Kaedah persampelan melibatkan pensampelan secara berkelompok dan secara rawak mudah. Soal selidik digunakan sebagai instrumen bagi mengumpul data kajian. Kajian ini menggunakan analisis statistik deskriptif dan analisis inferens bagi memenuhi objektif kajian. Analisis statistik deskriptif dijalankan bagi menentukan tahap aktiviti pemasaran dalaman dan tahap amalan tingkah laku kewarganegaraan organisasi. Analisis ini juga digunakan bagi melaporkan gambaran keseluruhan profil responden. Analisis regresi linear mudah pula dilakukan bagi tujuan menguji hipotesis yang dicadangkan. Dapatan menunjukkan bahawa aktiviti pemasaran dalaman (x=4.47) dan amalan tingkah laku kewarganegaraan organisasi (x = 4.57) berada pada tahap yang tinggi. Seterusnya, hasil analisis regresi linear mudah juga menunjukkan bahawa aktiviti pemasaran dalaman mempunyai pengaruh yang signifikan ke atas amalan tingkah laku kewarganegaraan organisasi (_=0.803, p < 0.05). Kesimpulannya, peningkatan dalam pelaksanaan aktiviti pemasaran dalaman di sekolah mempengaruhi peningkatan dalam amalan tingkah laku kewarganegaraan organisasi dalam kalangan guru di sekolah. Implikasinya, aktiviti pemasaran dalaman berupaya membantu pihak yang berkaitan dalam merancang dan melaksanakan polisi-polisi yang bersesuaian sebagai usaha untuk memperkasakan sektor pendidikan di Malaysia seperti pelaksanaan sistem tadbir urus yang berkesan dan menggalakkan persekitaran pekerjaan yang harmoni. |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |