UPSI Digital Repository (UDRep)

Analisis gaya Bahasa dalam puisi-puisi Seeni Naina Mohamed berdasarkan teori gaya Bahasa Gorys Keraf

AVAILABLE Thesis 135 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Analisis gaya Bahasa dalam puisi-puisi Seeni Naina Mohamed berdasarkan teori gaya Bahasa Gorys Keraf
Type
Thesis
Main Author
Puvaneswary Batumalai
Subject
PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of publication
2023
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Kajian ini berfokus kepada pengaplikasian unsur-unsur gaya bahasa mengikut tahun dalam puisi-puisi Seeni Naina Mohamed berdasarkan Teori Gaya Bahasa Gorys Keraf. Gaya bahasa adalah satu bahagian yang sangat penting kepada sesebuah karya kesusasteraan. Dalam bidang puisi nilai estetika adalah unsur-unsur gaya bahasa yang diaplikasikan untuk meluahkan pemikiran, kemahiran, perasaan dan individualisme yang ingin disampaikan oleh penyair kepada pembaca dengan mudah dan tepat. Sebanyak 55 puisi telah digunakan dalam kajian ini. Puisi-puisi ini dipilih daripada koleksi puisi Seeni Naina Mohamed yang diterbitkan di antara tahun 1960an hingga tahun 1980an. Puisi-puisi yang dipilih berdasarkan 11 tema iaitu alam semesta, kebudayaan (bahasa, bangsa dan kesedaran), sosio-ekonomi dan sebagainya. Bagi memenuhi objektif kajian, pengkaji memilih koleksi puisi yang di hasil mulai tahun 1960an hingga 1980an sahaja. Pengkaji mengaplikasikan kaedah perpustakaan dan kaedah analisis teks dalam kajian ini. Data dianalisis secara kualitatif dan disampaikan secara deskriptif. Pengkaji menggunakan Teori Gaya Bahasa Gorys Keraf untuk meneruskan kajian ini secara sistematik dan lancar. Dengan kaedah-kaedah dan Teori Gaya Bahasa Gorys Keraf yang dipilih, pengkaji akan meneruskan kajiannya terhadap unsur-unsur gaya bahasa yang terdapat dalam puisi-puisi Seeni Naina Mohamed mulai tahun 1960 hingga 1980.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.