UPSI Digital Repository (UDRep)

Nilai kehidupan dalam Pazhamozhi Naanuuru satu kajian perumpamaan unsur alam

AVAILABLE Thesis 150 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Nilai kehidupan dalam Pazhamozhi Naanuuru satu kajian perumpamaan unsur alam
Type
Thesis
Main Author
Kaliyarasi Paradia
Subject
PM Hyperborean, Indian, and Artificial languages
Language Code
tam
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of publication
2022
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti perumpaan unsur alam dalam Palamoli Naanuuru ini dan mengkaji hubungkait dan penggunaan unsur alam sebagai kiasan untuk menengahkan nilai nilai murni dalam kehidupan manusia (vaalviyal vilumiyangkal) . Palamozhi Naanuru merupakan satu buku yang menghimpun koleksi empat ratus peribahasa yang berbentuk puisi. Sebagaimana yang kita sedia maklum Bahasa Kiasan yang digunakan dalam peribahasa adalah bahasa yang sopan dan bertujuan sebagai pengajaran. Unsur alam juga sering digunakan dalam perumpamaan.Pendekatan kualitatif iaitu kaedah kepustakaan telah digunakan dalam kajian ini. Objektif pertama kajian ini adalah untuk mengenalpasti adakah perumpamaan unsur alam digunakan dalam Palamozhi Naanuru. Objektif kedua pula bertujuan untuk mengkaji unsur alam ini dengan menggunakan Teori Uvamaiyiyal. Objektif ketiga pula adalah untuk mencari, menghubungkait dan menerangkan keberkesanan penggunaan unsur alam ini dengan kehidupan harian dan pengamalan nilai murni dalam kehidupan manusia. Hasil kajian mendapati Palamozhi Naanuru menggunakan unsur alam seperti pokok, tumbuh-tumbuhan, binatang, unsur alam (aimperumbuutham) seperti air, tanah, angin, api dan langit serta batu permata dan barang kegunaan harian sebagai perumpamaan dengan sifat manusia. Pengkaji telah mendapati seratus enam puluh empat puisi daripada empat ratus puisi menggunakan unsur alam sebagai perumpamaan. Teori Uvamaiyiyal dari Tholkaappiyam digunakan untuk mengkaji tajuk ini. Ini adalah kerana Teori Uvamaiyiyal mengatakan bahawa perumpamaan mempunyai 4 fungsi iaitu vinai(perbuatan atau kelakuan), uru( warna), mei(bentuk atau sifat), payan (kepentingan atau kegunaan). Pengkaji juga mendapati kesemua perumpamaan ini dapat dikaitkan dengan kehidupan harian dan hidup manusia akan lebih bererti dan bermanfaat jika maksud peribahasa ini diamalkan dalam kehidupan seharian.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.