UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Md Nizam Nasir
Title :Pembinaan model aktiviti pengajaran bidang Penyejukan dan Penyamanan Udara berasaskan nilai terhadap kelestarian alam sekitar
Hits :10
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2025
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Access to this item is restricted as it is published less than 1 year ago.

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian ini bertujuan untuk mereka bentuk dan membina model aktiviti pengajaran bidang Penyejukan dan Penyamanan Udara berasaskan nilai terhadap kelestarian alam sekitar. Kaedah Penyelidikan Reka bentuk dan Pembangunan (PRP) yang melibatkan tiga fasa digunakan dalam kajian ini. Fasa pertama melibatkan analisis keperluan yang melibatkan soal selidik ke atas 121 responden yang terdiri daripada pensyarah Kolej Vokasional bidang Penyejukan dan Penyamanan Udara (KV_PPU) dari seluruh Malaysia. Temu bual pakar turut dijalankan bagi mendapatkan maklum balas berkaitan keperluan kandungan model dan pembinaan model yang dibina. Fasa kedua menggunakan kaedah gabungan Nominal Group Technique (NGT) dan Interpretive Structural Modeling (ISM) untuk membangunkan model berdasarkan pandangan dan keputusan seramai sembilan orang panel pakar. Fasa ketiga melibatkan 30 orang pensyarah KV_PPU yang bertindak sebagai pengguna untuk menilai model tersebut menggunakan kaedah Fuzzy Delphi Method (FDM). Dapatan daripada fasa pertama menunjukkan bahawa min keseluruhan bagi konstruk keperluan kandungan model adalah 4.56 dengan sisihan piawai 0.39 manakala min keseluruhan keperluan pembinaan model adalah 4.54 dengan sisihan piawai 0.42. Ini menunjukkan bahawa responden sangat bersetuju akan keperluan panduan bagi meningkatkan kesedaran pelajar tentang impak bahan pendingin dalam Kurikulum Standard Kolej Vokasional bidang Penyejukan dan Penyamanan Udara (KSKV_PPU) dan disokong dengan dapatan temu bual. Dalam fasa kedua pula, sebanyak 28 aktiviti telah dikenal pasti dan diterima dalam perbincangan kumpulan oleh pakar melalui kaedah NGT dan seterusnya fasa pengundian melalui kaedah ISM. Dapatan fasa ketiga pula menunjukkan bahawa peratus kesepakatan pakar adalah tinggi, melebihi 75%, memenuhi syarat Triangular Fuzzy Number dan melebihi 0.5 syarat Defuzzification Process bagi konstruk kebolehgunaan elemen model, kebolehgunaan klasifikasi elemen model dan kebolehgunaan model keseluruhannya.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.