UPSI Digital Repository (UDRep)

Kesan penggunaan Modul Pembelajaran Augmented Reality Ar-MicroC terhadap pencapaian dan motivasi pelajar

AVAILABLE Thesis 126 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Kesan penggunaan Modul Pembelajaran Augmented Reality Ar-MicroC terhadap pencapaian dan motivasi pelajar
Type
Thesis
Main Author
Farah Wahida Othman
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Teknikal dan Vokasional
Year of publication
2025
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk membangunkan dan menilai kesan penggunaan Modul Pembelajaran Augmented Reality AR-MicroC terhadap pencapaian dan motivasi pelajar dalam kursus Pengenalan kepada Internet of Things (IoT) di Kolej Komuniti Malaysia. Kajian ini dilaksanakan bagi menangani cabaran dalam pembelajaran topik Mikropengawal yang sering dianggap kompleks dalam sesi pembelajaran konvensional. Pembangunan modul ini berasaskan Teori Behaviorisme, Teori Kognitif Pembelajaran Multimedia Mayer, serta model SAMR (Substitution, Augmentation, Modification, Redefinition) bagi memastikan keberkesanan integrasi teknologi Augmented Reality dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kuasi eksperimen serta berpandukan model m-ADDIE sebagai kerangka pembangunan. Sampel kajian terdiri daripada 66 orang pelajar Kolej Komuniti yang dibahagikan kepada 32 orang pelajar kumpulan rawatan dan 34 orang pelajar kumpulan kawalan secara persampelan rawak berperingkat. Dapatan dianalisis dari fasa analisis keperluan melalui kaedah temu bual bersama 3 orang pakar dan analisis dokumen. Dalam fasa reka bentuk dan pembangunan, kajian rintis dijalankan ke atas 29 orang pelajar untuk menentukan kesahan modul, kesahan instrumen dan kebolehpercayaan instrumen bagi item ujian dan soal selidik yang dibangunkan. Kebolehpercayaan diuji dengan menggunakan ujian statistik dengan mendapatkan pekali kebolehpercayaan Alpha Chronbach dan nilai pekali korelasi bagi instrumen yang digunakan. Kesahan Modul Pembelajaran Augmented Reality AR-MicroC dianalsis melalui nilai persetujuan 9 orang pakar. Dapatan menunjukkan nilai kesepakatan keseluruhan pakar mencapai lebih 90% terhadap elemen-elemen yang telah dibangunkan didalam modul. Bagi fasa pelaksanaan dan penilaian melalui kaedah kuasi eksperimen, ujian pra dan ujian pasca digunakan untuk menilai kefahaman pelajar dalam konsep Mikropengawal. Data yang diperolehi dianalisa dengan menggunakan ujian-t sampel bebas dan ujian-t sampel berpasangan. Dapatan analsis ujian-t menunjukkan terdapat yang signifikan bagi pencapaian pada [t(59.986)= -10.334, p

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.