UPSI Digital Repository (UDRep)

Pembangunan modul pengajaran sampai dan Renung Adat berasaskan pendekatan naratif untuk murid sekolah manengah

AVAILABLE Thesis 98 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Pembangunan modul pengajaran sampai dan Renung Adat berasaskan pendekatan naratif untuk murid sekolah manengah
Type
Thesis
Main Author
Saripah Banseng
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of publication
2025
Degree Type
Doctoral
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk membangunkan modul pengajaran Sampi dan Renung Adat berasaskan pendekatan naratif bagi murid sekolah menengah. Reka bentuk kajian ini ialah reka bentuk campuran iaitu menggunakan Pembangunan dan Reka Bentuk (DDR) yang mengandungi tiga fasa iaitu analisis keperluan (enam pakar), diikuti fasa reka bentuk dan pembangunan (dua pakar bidang) serta penilaian kebolehgunaan modul (seorang guru dan 15 orang murid) dan keberkesanan modul (30 orang murid). Dapatan fasa analisis keperluan menunjukkan keperluan elemen yang perlu dalam modul, iaitu kaedah pengajaran yang sesuai, bahan pengajaran berbantukan naratif dan aplikasi multimedia, interaksi bermakna, metafora dan maknanya, motivasi, aktiviti kolaborasi dan koperatif berpandu. Dapatan reka bentuk dan pembangunan modul memperoleh konsensus pakar melebihi 75% dengan seluruh item yang dipilih memenuhi syarat kesepakatan antara pakar dengan nilai defuzzification Alpha-Cut (__-Cut) melebihi 0.5 (>0.5) dan nilai threshold (d) kurang daripada 0.2 (0.5, membuktikan terdapat perbezaan yang signifikan antara pencapaian ujian pra dan pasca. Kesimpulannya, penilaian kebolehgunaan modul ini yang mencapai tahap tinggi menunjukkan ia dapat membantu pengajaran kefahaman metafora dan makna teks puisi Sampi dan Renung Adat. Implikasinya modul pengajaran aspek puisi tradisional Iban ini boleh digunakan bagi mengajar Bahasa Iban.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.