|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
|
||||||||||||||||||||||||
| Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
| Kajian ini bertujuan untuk membangunkan modul pengajaran Sampi dan Renung Adat berasaskan pendekatan naratif bagi murid sekolah menengah. Reka bentuk kajian ini ialah reka bentuk campuran iaitu menggunakan Pembangunan dan Reka Bentuk (DDR) yang mengandungi tiga fasa iaitu analisis keperluan (enam pakar), diikuti fasa reka bentuk dan pembangunan (dua pakar bidang) serta penilaian kebolehgunaan modul (seorang guru dan 15 orang murid) dan keberkesanan modul (30 orang murid). Dapatan fasa analisis keperluan menunjukkan keperluan elemen yang perlu dalam modul, iaitu kaedah pengajaran yang sesuai, bahan pengajaran berbantukan naratif dan aplikasi multimedia, interaksi bermakna, metafora dan maknanya, motivasi, aktiviti kolaborasi dan koperatif berpandu. Dapatan reka bentuk dan pembangunan modul memperoleh konsensus pakar melebihi 75% dengan seluruh item yang dipilih memenuhi syarat kesepakatan antara pakar dengan nilai defuzzification Alpha-Cut (__-Cut) melebihi 0.5 (>0.5) dan nilai threshold (d) kurang daripada 0.2 (0.5, membuktikan terdapat perbezaan yang signifikan antara pencapaian ujian pra dan pasca. Kesimpulannya, penilaian kebolehgunaan modul ini yang mencapai tahap tinggi menunjukkan ia dapat membantu pengajaran kefahaman metafora dan makna teks puisi Sampi dan Renung Adat. Implikasinya modul pengajaran aspek puisi tradisional Iban ini boleh digunakan bagi mengajar Bahasa Iban. |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |