|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
|
||||||||||||||||||||||||||
| Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
| Kajian ini bertujuan untuk menganalisis Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam penyelesaian masalah topik penyelesaian segi tiga mata pelajaran Matematik Tambahan dengan mengenal pasti kehadiran elemen-elemen KBAT menggunakan Model Taksonomi Bloom Semakan Anderson, meneroka pengaruh KBAT terhadap standard prestasi, mengenal pasti peringkat kesilapan-kesilapan menggunakan Model Hierarki Kesilapan Newman dan meneroka langkah-langkah penulisan yang berhubung kait. Pendekatan kualitatif dengan reka bentuk interpretif digunakan dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan kaedah Hermeneutik untuk membuat interpretasi terhadap teks kajian. Pemilihan subjek kajian dijalankan secara persampelan yang melibatkan 12 orang murid tingkatan 4 di tiga buah sekolah di Sibu, Sarawak. Teks yang dikaji terdiri daripada skrip jawapan murid, transkripsi temu bual murid dan transkripsi pemerhatian. Dapatan objektif (i) menunjukkan KBAT kategori mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta telah hadir dalam penulisan. Dapatan objektif (ii) menunjukkan KBAT telah mempengaruhi standard prestasi tahap penguasaan tinggi dengan KBAT kategori mengaplikasi dan menganalisis paling kerap mempengaruhi. Dapatan objektif (iii) menunjukkan berlakunya peringkat kesilapan-kesilapan kefahaman, transformasi, kemahiran proses, pengekodan, motivasi dan kecuaian dengan kesilapan transformasi dan pengekodan paling kerap dilakukan. Dapatan objektif (iv) menunjukkan langkahlangkah penulisan murid berhubung kait dalam tiga episod iaitu episod permulaan (elemen pemahaman), perkembangan (elemen mengubah suai) dan penutup (elemen menilai). Kesimpulannya, murid-murid yang menguasai elemen-elemen KBAT didapati menghasilkan penulisan standard prestasi yang tinggi dalam langkah-langkah yang berhubung kait kerana kurang melakukan kesilapan-kesilapan serta berupaya menguasai algoritma matematik terutama dalam episod perkembangan penulisan iaitu mengubah suai persamaan matematik. Implikasi kajian menunjukkan elemen-elemen KBAT mempengaruhi keupayaan murid dalam menyelesaikan masalah topik penyelesaian segi tiga serta kepentingan elemen-elemen KBAT dalam meningkatkan keberkesanan penulisan langkah-langkah yang berstandard tinggi dalam mata pelajaran Matematik Tambahan._ _ _ |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |