UPSI Digital Repository (UDRep)

Analisis kemahiran berfikir aras tinggi dalam penyelesaikan masalah topik segi tiga mata pelajaran matematik melalui kaedah Hermeneutik

AVAILABLE Thesis 119 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Analisis kemahiran berfikir aras tinggi dalam penyelesaikan masalah topik segi tiga mata pelajaran matematik melalui kaedah Hermeneutik
Type
Thesis
Main Author
Andy Janang Hendry Tawie
Additional Authors
  • Priyalatha Govindasamy (advisor)
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2025
Degree Type
Doctoral
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam penyelesaian masalah topik penyelesaian segi tiga mata pelajaran Matematik Tambahan dengan mengenal pasti kehadiran elemen-elemen KBAT menggunakan Model Taksonomi Bloom Semakan Anderson, meneroka pengaruh KBAT terhadap standard prestasi, mengenal pasti peringkat kesilapan-kesilapan menggunakan Model Hierarki Kesilapan Newman dan meneroka langkah-langkah penulisan yang berhubung kait. Pendekatan kualitatif dengan reka bentuk interpretif digunakan dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan kaedah Hermeneutik untuk membuat interpretasi terhadap teks kajian. Pemilihan subjek kajian dijalankan secara persampelan yang melibatkan 12 orang murid tingkatan 4 di tiga buah sekolah di Sibu, Sarawak. Teks yang dikaji terdiri daripada skrip jawapan murid, transkripsi temu bual murid dan transkripsi pemerhatian. Dapatan objektif (i) menunjukkan KBAT kategori mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta telah hadir dalam penulisan. Dapatan objektif (ii) menunjukkan KBAT telah mempengaruhi standard prestasi tahap penguasaan tinggi dengan KBAT kategori mengaplikasi dan menganalisis paling kerap mempengaruhi. Dapatan objektif (iii) menunjukkan berlakunya peringkat kesilapan-kesilapan kefahaman, transformasi, kemahiran proses, pengekodan, motivasi dan kecuaian dengan kesilapan transformasi dan pengekodan paling kerap dilakukan. Dapatan objektif (iv) menunjukkan langkahlangkah penulisan murid berhubung kait dalam tiga episod iaitu episod permulaan (elemen pemahaman), perkembangan (elemen mengubah suai) dan penutup (elemen menilai). Kesimpulannya, murid-murid yang menguasai elemen-elemen KBAT didapati menghasilkan penulisan standard prestasi yang tinggi dalam langkah-langkah yang berhubung kait kerana kurang melakukan kesilapan-kesilapan serta berupaya menguasai algoritma matematik terutama dalam episod perkembangan penulisan iaitu mengubah suai persamaan matematik. Implikasi kajian menunjukkan elemen-elemen KBAT mempengaruhi keupayaan murid dalam menyelesaikan masalah topik penyelesaian segi tiga serta kepentingan elemen-elemen KBAT dalam meningkatkan keberkesanan penulisan langkah-langkah yang berstandard tinggi dalam mata pelajaran Matematik Tambahan._ _ _

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.