|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
|
||||||||||||||||||||||||||
| Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
| Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesediaan perubahan guru-guru serta pengaruh gaya kepimpinan transformasional dan instruksional pengetua terhadap kesediaan perubahan guru-guru sekolah menengah TS25 daerah Batang Padang, Perak. Kajian ini melibatkan 248 orang guru sekolah menengah berstatus sekolah TS25 sekitar daerah Batang Padang Perak yang dipilih menggunakan kaedah persampelan rawak mudah. Instrumen soal selidik telah digunakan dalam kajian ini bagi memperoleh data. Data yang diperoleh dianalisis mengunakan analisis statistik deskriptif yang terdiri daripada min, sisihan piawai dan peratus. Selain itu, kajian ini juga menggunakan analisis regresi bagi melihat pengaruh gaya kepimpinan pengetua. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap kesediaan perubahan guru sekolah menengah TS25 daerah Batang Padang, Perak berada pada tahap yang tinggi dengan nilai Min = 4.056 (SP = .582). Hasil analisis regresi menunjukkan bahawa terdapat pengaruh yang signifikan dan positif bagi gaya kepimpinan transformasional (_ = .431, p < .05) dan instruksional (_ = .522, p < .05). Kesimpulannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa kesediaan perubahan dalam kalangan guru sekolah menengah TS25 di daerah Batang Padang, Perak berada pada tahap tinggi, dipengaruhi oleh gaya kepimpinan pengetua. Implikasi daripada kesediaan ini memberi kesan langsung kepada keberkesanan profesion mereka. Guru yang bersedia untuk berubah akan lebih komited, bertanggungjawab dan cekap dalam mengurus aktiviti pembelajaran di bilik darjah, sekali gus meningkatkan kualiti pendidikan. |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |