Pengaruh gaya kepimpinan pengetua terhadap kesediaan perubahan guru-guru sekolah menengah TS25 Daerah Batang padang Perak
Type
Thesis
Main Author
Nurul Asyikin Abdul Wahid
Additional Authors
Rafiduraida Abdul Rahman (advisor)
Subject
LB1603 Secondary Education. High schools
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2025
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun
Abstract
Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesediaan perubahan guru-guru serta pengaruh gaya kepimpinan transformasional dan instruksional pengetua terhadap kesediaan perubahan guru-guru sekolah menengah TS25 daerah Batang Padang, Perak. Kajian ini melibatkan 248 orang guru sekolah menengah berstatus sekolah TS25 sekitar daerah Batang Padang Perak yang dipilih menggunakan kaedah persampelan rawak mudah. Instrumen soal selidik telah digunakan dalam kajian ini bagi memperoleh data. Data yang diperoleh dianalisis mengunakan analisis statistik deskriptif yang terdiri daripada min, sisihan piawai dan peratus. Selain itu, kajian ini juga menggunakan analisis regresi bagi melihat pengaruh gaya kepimpinan pengetua. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap kesediaan perubahan guru sekolah menengah TS25 daerah Batang Padang, Perak berada pada tahap yang tinggi dengan nilai Min = 4.056 (SP = .582). Hasil analisis regresi menunjukkan bahawa terdapat pengaruh yang signifikan dan positif bagi gaya kepimpinan transformasional (_ = .431, p < .05) dan instruksional (_ = .522, p < .05). Kesimpulannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa kesediaan perubahan dalam kalangan guru sekolah menengah TS25 di daerah Batang Padang, Perak berada pada tahap tinggi, dipengaruhi oleh gaya kepimpinan pengetua. Implikasi daripada kesediaan ini memberi kesan langsung kepada keberkesanan profesion mereka. Guru yang bersedia untuk berubah akan lebih komited, bertanggungjawab dan cekap dalam mengurus aktiviti pembelajaran di bilik darjah, sekali gus meningkatkan kualiti pendidikan.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.