Meningkatkan kemahiran permainan rekoder soprano pelajar Tahun 4 melalui kaedah pembelajaran masteri
Type
Thesis
Main Author
Kamariah Abu Mansur
Subject
MT Musical instruction and study
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
N/A
Publisher
Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif
Year of publication
2015
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Abstract
Kajian tindakan ini bertujuan untuk mengenalpasti sejauh manakah kaedah pembelajaran masteri dapat membantu meningkatkan kemahiran permainan rekoder dari segi kemahiran memainkan nilai notasi yang tepat dan penjarian rekoder yang betul. Seramai sepuluh orang pelajar tahun empat di sebuah Sekoleh Kebangsaan Tasik Puteri 2 Bandar Tasik Puteri Rawang Selangor telah dipilih secara rawak sebagai subjek kajian. Kajian ini menggunakan gabungan pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Kuasi eksperimen telah digunakan sebagai metodologi kajian dengan ujian pra dan ujian pos,soal selidik, temu bual dan pemerhatian sebagai instrumen kajian. Dapatan data kemahiran memainkan nilai notasi menunjukkan peningkatan peratus dari 30% kepada 88%. meningkat sebanyak 58 peratus manakala dapatan data penjarian rekoder menunjukkan peningkatan peratus dari 42% kepada 98% meningkat sebanyak 56 peratus. Secara keseluruhan, dapatan data antara ujian pra dan ujian pos menunjukkan peningkatan sebanyak 114 peratus. Dapatan data soal selidik, temu bual dan pemerhatian pula telah menyokong dapatan data ujian pra dan pos mengenai peningkatan kemahiran permainan rekoder soprano dari segi kemahiran memainkan nilai notasi dan penjarian rekoder dengan kaedah pembelajaran masteri.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.