UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :BF Psychology
Main Author :Lee,Eng Chiat
Additional Authors :
  • Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip
Title :Kesan modul perubahan padigma berdasarkan terapi kognitif tingkah laku ke atas kesedaran kendiri persepsi diri dan tingkah laku dalam kalangan pesalah jenayah
Hits :4
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2025
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Access to this item is restricted as it is published less than 1 year ago.

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengukur kesan Modul Perubahan Paradigma (MPP) berdasarkan Terapi Kognitif Tingkah Laku (CBT) ke atas kesedaran kendiri, persepsi diri dan tingkah laku dalam kalangan pesalah jenayah. Keberkesanan intervensi MPP dinilai dari segi peningkatan skor min bagi kesedaran kendiri, persepsi diri dan tingkah laku dalam kalangan kumpulan rawatan melalui ujian pra dan ujian pasca. Kajian ini dijalankan terhadap pesalah jenayah yang sedang menjalani hukuman pemenjaraan di sebuah penjara di daerah Pokok Sena, Kedah. Reka bentuk kuasi eksperimen digunakan dengan melibatkan 80 pesalah jenayah yang dipilih secara pensampelan bertujuan. Responden dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan rawatan (n=40) dan kumpulan kawalan (n=40). Responden dalam kumpulan rawatan mengikuti MPP selama dua hari, yang terdiri daripada sembilan sesi, lapan strategi dan 11 aktiviti. Data dikutip menggunakan Instrumen Perubahan Paradigma (IPP) yang mengandungi sembilan sub skala dan 63 item, kemudian dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan min, ujian-t sampel tak bersandar, ujian-t sampel berpasangan dan MANCOVA pada aras signifikan .05. Hasil kajian menunjukkan bahawa MPP berkesan secara signifikan dalam meningkatkan kesedaran kendiri, persepsi diri dan tingkah laku dalam kumpulan rawatan, dengan skor min bagi kesedaran kendiri meningkat daripada 1.8810 (SD=.20602) kepada 3.2345 (SD =.23338); persepsi diri meningkat daripada 2.0488 (SD=.20672) kepada 3.2655 (SD=.20768); dan tingkah laku meningkat daripada 2.0821 (SD=.42427) kepada 3.2774 (SD=.14623). Kajian ini juga menunjukkan bahawa kesan faktor umur dan faktor residivis tidak memberi kesan yang signifikan terhadap kesan rawatan (p > .05). Kesimpulannya, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa keberkesanan MPP terhadap kesemua pemboleh ubah bersandar terutamanya kesedaran kendiri, persepsi diri dan tingkah laku dalam kalangan responden di kumpulan rawatan. Implikasi kajian ini mencadangakan MPP sebagai intervensi sokongan kepada Program Pembangunan Insan dan bertindak sebagai submodul dalam Modul Pendidikan dan Bimbingan bagi mengurangkan kadar peratusan residivisme dalam kalangan pesalah jenayah serta membina perjalanan hidup baharu yang produktif.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.