|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
|
||||||||||||||||||||||||||
| Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
| Kajian ini bertujuan untuk mereka bentuk dan membangunkan sebuah modul pembelajaran gitar untuk pelajar sekolah menengah rendah berasaskan konsep bite-size learning menggunakan platform TikTok. Kajian ini menggunakan pendekatan penyelidikan pembangunan berasaskan model ADDIE dan dilaksanakan sehingga peringkat penilaian pakar. Modul ini dibina berdasarkan 14 topik utama pembelajaran gitar dan dirangka mengikut pendekatan teori Pembelajaran Kognitif Multimedia, Teori Beban Kognitif, dan Pembelajaran Masteri. Setiap topik disusun dalam format video pendek berdurasi 1_2 minit dengan objektif yang jelas dan berpandukan skrip yang telah direka bentuk secara sistematik. Seramai lima orang pakar menilai kandungan dan struktur modul manakala lima orang guru muzik sekolah menengah ditemu bual bagi mendapatkan maklum balas terhadap kesesuaian kandungan modul. Dapatan menunjukkan bahawa pendekatan bite-size learning menerusi skrip video TikTok berpotensi membantu pelajar memahami asas permainan gitar dengan lebih berkesan. Kajian ini mencadangkan bahawa penggunaan media sosial sebagai medium pembelajaran boleh dimanfaatkan secara strategik dalam pendidikan muzik di peringkat sekolah menengah. |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |