UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Rosnawati Saad
Additional Authors :
  • Norliza Jamaluddin
Title :Amalan pengajaran terbaik tatabahasa dalam kalangan guru bahasa melayu di sekolah rendah
Hits :3
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of Publication :2025
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Access to this item is restricted as it is published less than 1 year ago.

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian ini bertujuan untuk meneroka amalan pengajaran guru dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) tatabahasa bahasa Melayu di sekolah rendah dan mengetengahkan amalan yang terbaik sebagai amalan pengajaran tatabahasa bahasa Melayu di sekolah rendah. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang terdiri daripada dua kaedah utama. Kaedah pertama melibatkan kerja lapangan melalui pelaksanaan pemerhatian dan temu bual kepada peserta kajian. Melalui kaedah ini, seramai dua orang peserta kajian telah dipilih secara rawak. Peserta kajian yang terdiri daripada guru ini dipilih daripada dua orang guru yang mengajar di negeri Selangor. Instrumen senarai semak berstruktur digunakan semasa pelaksanaan kaedah pemerhatian dan protokol temu bual. Sebanyak sepuluh kali pemerhatian telah dilaksanakan terhadap kedua-dua peserta kajian. Selain itu, sesi protokol temu bual turut dilaksanakan. Data pemerhatian dan temu bual ini dianalisis menggunakan perisian Nvivo 12 berdasarkan tema-tema yang diperlukan. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa, amalan pada peringkat prapengajaran mencapai tahap frekuansi yang paling cemerlang dalam PdPc. Kaedah kedua yang digunakan bagi memperoleh data kajian ialah kaedah Fuzzy Delphi. Seramai 15 orang panel pakar Fuzzy Delphi telah dipilih secara rawak. Instrumen soalan selidik digunakan dalam kaedah ini bagi mendapatkan kesepakatan panel pakar. Dapatan kajian ini dianalisis menggunakan perisisan Fudelo untuk melihat hasil kesepakatan pakar. Hasil analisis dapatan data menunjukkan 100% kumpulan pakar menerima kesemua elemen dalam kajian. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa amalan pengajaran terbaik yang perlu dilaksanakan oleh guru dalam PdPc ialah guru seharusnya mempunyai pengetahuan sedia ada, merancang pengajaran dan pembelajaran, mempamerkan kualiti dalam pengajaran, mematuhi masa pengajaran dan menilai hasil pengajaran tatabahasa tersebut.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.