UPSI Digital Repository (UDRep)

Pembangunan kandungan modul aktiviti Tanpa Peranti membantu kemahiran berfikir logik dan kreativiti kanbak-kanak tadika

AVAILABLE Thesis 93 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Pembangunan kandungan modul aktiviti Tanpa Peranti membantu kemahiran berfikir logik dan kreativiti kanbak-kanak tadika
Type
Thesis
Main Author
Siti Naimah Rahman
Additional Authors
  • Norly Jamil (advisor)
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2025
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk membangunkan kandungan modul Aktiviti Tanpa Peranti (ATP PPCo) dalam membantu kemahiran berfikir logik dan kreativiti kanak-kanak tadika. Kajian menggunakan pendekatan penyelidikan reka bentuk dan pembangunan (PRP) yang terdiri daripada tiga fasa utama; (i) fasa analisis keperluan, (ii) fasa reka bentuk dan pembangunan, dan (iii) fasa penilaian. Fasa analisis keperluan menggunakan kaedah tinjauan dan kaedah temu bual. Kaedah tinjauan melibatkan 144 orang guru tadika daripada tiga negeri iaitu Perak, Selangor dan Putrajaya manakala temu bual melibatkan 12 orang guru tadika yang dipilih bersesuaian dengan konteks kajian. Fasa reka bentuk dan pembangunan pula menggunakan kaedah temu bual bersama tiga orang pakar dan kaedah fuzzy delphi (FDM) melibatkan seramai 11 orang pakar. Bagi fasa ketiga, iaitu fasa penilaian menggunakan Teknik Kumpulan Nominal yang diubahsuai (modified NGT) dengan melibatkan 28 orang pakar dari kalangan guru-guru tadika dari tiga negeri yang sama iaitu Perak, Selangor dan Putrajaya. Analisis fasa pertama menggunakan statistik deskriptif dengan melihat nilai median manakala fasa kedua menggunakan analisis FDM yang melihat kepada tiga syarat iaitu nilai threshold (d) _ 0.2, peratus kesepakatan pakar _ 75.0% serta skor fuzzy (A) _ 0.5. Bagi fasa ketiga, analisis NGT digunakan untuk melihat peratus skor undian terhadap kebolehgunaan kandungan modul. Syarat peratusan dalam analisis NGT adalah melebihi 70%. Dapatan dalam fasa pertama menunjukkan kewajaran membangunkan kandungan modul ATP PPCo apabila nilai median yang diperoleh majoriti item adalah tinggi iaitu sebanyak 4.00. Dapatan fasa kedua pula berjaya menetapkan lapan elemen dan aktiviti pre-coding dalam kandungan modul ATP PPCo kerana telah memenuhi syarat yang ditetapkan. Dapatan fasa ketiga menunjukkan kandungan modul ini boleh digunakan berdasarkan hasil analisis NGT kerana menepati syarat. Kajian ini akhirnya berjaya membina kandungan modul ATP PPCo dalam membantu kemahiran berfikir logik dan kreativiti kanak-kanak tadika. Sehubungan itu, kandungan modul ATP PPCo diharapkan mampu menjadi panduan pengajaran buat guru tadika demi melahirkan individu yang berilmu khususnya dari aspek pemikiran logik dan kreativiti seterusnya berupaya menyumbang kepada keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara selari dengan hasrat Dasar Pendidikan Kebangsaan Malaysia. Justeru, cadangan kajian lanjutan adalah supaya mengaplikasikan kandungan modul ATP PPCo kepada kanak-kanak tadika yang dipilih dengan menjalankan kajian eksperimental untuk melihat keberkesanan kandungan modul ATP PPCo dalam membantu kemahiran berfikir logik dan kreativiti kanak-kanak tadika._ _ _

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.