UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Julia Nyalu
Additional Authors :
  • Suppiah Nachiappan
Title :Analisis proses kognisi melalui penyelesaian masalah operasi asas matematik dalam kalangan murid pemulihan khas di sekolah kebangsaan daerah Konawit
Hits :2
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2025
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Access to this item is restricted as it is published less than 1 year ago.

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian ini bertujuan menganalisis proses kognisi, kualiti dalam penulisan jawapan serta mengenal pasti masalah proses kognisi yang dihadapi oleh murid pemulihan khas. Kajian turut meneroka teknik pengajaran guru untuk meningkatkan proses kognisi dalam penulisan jawapan penyelesaian masalah operasi asas matematik sekolah kebangsaan. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah Hermeneutik dalam menginterpretasikan teks kajian. Teks yang dikaji ialah terdiri daripada skrip jawapan murid, transkripsi temu bual dengan guru dan transkripsi pemerhatian. Sampel melibatkan 12 orang murid pemulihan khas dalam kalangan murid Tahun 5, manakala 6 orang guru pemulihan khas di 6 buah sekolah kebangsaan di daerah Kanowit, Sarawak dipilih melalui persampelan bertujuan. Dapatan kajian menunjukkan kewujudan tahap proses kognisi murid meliputi 4 daripada 6 kategori iaitu mengingat, memahami, mengaplikasi dan menganalisis. Pencapaian bagi tahap proses kognisi tertinggi adalah kategori menganalisis Tahap IV iaitu mencerakinkan dengan mendalam sesuatu perkara dalam situasi yang kompleks untuk membuat kesimpulan. Manakala tahap proses kognisi terendah adalah kategori mengingat Tahap I iaitu menyatakan semula pengetahuan, kemahiran dan nilai yang asas, menunjukkan murid menghadapi kesukaran dalam penulisan jawapan. Dapatan kajian ini juga menunjukkan keupayaan guru mengaplikasi teknik bermain sambil belajar, teknik penyoalan, teknik bimbingan dan latih tubi berperingkat dengan pendekatan berpusatkan murid dan bahan bantu belajar didapati berkesan dalam meningkatkan proses kognisi dengan baik. Kesimpulan kajian menunjukkan bahawa tahap proses kognisi mempengaruhi kualiti penulisan jawapan penyelesaian masalah operasi asas matematik. Teknik pengajaran guru yang inovatif dan kreatif dapat mempertingkatkan proses kognisi murid pemulihan khas dengan berkesan dan bermakna. Implikasi kajian ini dapat memberi sumbangan keilmuan dalam bentuk pengetahuan pedagogi dan literatur bidang PdP penulisan jawapan penyelesaian masalah operasi asas matematik._
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.