UPSI Digital Repository (UDRep)

Cabaran-cabaran dalam pertandingan inovasi sains di SJK (Tamil) Daerah Kinta Utara melalui kaedah Hermeneutik

AVAILABLE Thesis 134 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Cabaran-cabaran dalam pertandingan inovasi sains di SJK (Tamil) Daerah Kinta Utara melalui kaedah Hermeneutik
Type
Thesis
Main Author
Meena Devi Kanagarajah
Additional Authors
  • Suppiah Nachiappan (advisor)
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2025
Degree Type
Doctoral
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru dalam menyertai pertandingan inovasi sains di Sekolah Jenis Kebangsaan SJK (Tamil) Daerah Kinta Utara melalui kaedah Hermeneutik. Pendekatan kualitatif telah digunakan dalam kajian ini dengan melibatkan 14 buah SJK (Tamil) di Daerah Kinta Utara, Perak. Seramai 14 orang guru Sains, 14 orang guru besar dari setiap sekolah dan seorang pegawai pendidikan daerah menjadi peserta kajian. Data diperoleh melalui triangulasi daripada soal selidik, temu bual dan analisis dokumen, termasuk laporan pertandingan, artikel serta dokumen berkaitan perancangan pendidikan daerah. Kajian ini memberi tumpuan kepada isu utama iaitu kesukaran dan cabaran yang dihadapi oleh guru Sains dalam menyertai pertandingan inovasi sains serta strategi untuk meningkatkan penyertaan, khususnya bagi sekolah yang aktif dan yang kurang aktif. Terdapat lima tema utama cabaran yang dikenal pasti: kekurangan peruntukan kewangan, ketiadaan makmal sains yang lengkap, kekurangan pendedahan dan kemahiran inovasi dalam kalangan guru, kurangnya bengkel dan latihan serta isu guru bukan opsyen Sains. Strategi untuk mengatasi cabaran ini termasuk memberi motivasi, ganjaran dan sokongan moral kepada guru, meningkatkan kemahiran dan pengetahuan melalui bimbingan, latihan, kursus serta menyediakan bengkel berfokus kepada pertandingan inovasi sains. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa guru Sains menghadapi pelbagai cabaran dalam menyertai pertandingan inovasi sains, yang memberi kesan kepada penglibatan dan pencapaian sekolah. Implikasi kajian ini mencadangkan agar pihak Kementerian Pendidikan, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah bekerjasama rapat untuk menangani cabaran-cabaran ini. Kajian ini juga menyumbang kepada teori pendidikan dengan menekankan pentingnya pendekatan bersepadu dalam meningkatkan keupayaan guru untuk menyertai pertandingan inovasi sains. Kesimpulannya, dapatan kajian ini hanya merujuk kepada konteks kajian iaitu SJK (Tamil) di Daerah Kinta Utara dan tidak bertujuan untuk membuat generalisasi kepada semua sekolah

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.