|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
|
||||||||||||||||||||||||||
| Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
| Kajian ini bertujuan untuk menganalisis cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru dalam menyertai pertandingan inovasi sains di Sekolah Jenis Kebangsaan SJK (Tamil) Daerah Kinta Utara melalui kaedah Hermeneutik. Pendekatan kualitatif telah digunakan dalam kajian ini dengan melibatkan 14 buah SJK (Tamil) di Daerah Kinta Utara, Perak. Seramai 14 orang guru Sains, 14 orang guru besar dari setiap sekolah dan seorang pegawai pendidikan daerah menjadi peserta kajian. Data diperoleh melalui triangulasi daripada soal selidik, temu bual dan analisis dokumen, termasuk laporan pertandingan, artikel serta dokumen berkaitan perancangan pendidikan daerah. Kajian ini memberi tumpuan kepada isu utama iaitu kesukaran dan cabaran yang dihadapi oleh guru Sains dalam menyertai pertandingan inovasi sains serta strategi untuk meningkatkan penyertaan, khususnya bagi sekolah yang aktif dan yang kurang aktif. Terdapat lima tema utama cabaran yang dikenal pasti: kekurangan peruntukan kewangan, ketiadaan makmal sains yang lengkap, kekurangan pendedahan dan kemahiran inovasi dalam kalangan guru, kurangnya bengkel dan latihan serta isu guru bukan opsyen Sains. Strategi untuk mengatasi cabaran ini termasuk memberi motivasi, ganjaran dan sokongan moral kepada guru, meningkatkan kemahiran dan pengetahuan melalui bimbingan, latihan, kursus serta menyediakan bengkel berfokus kepada pertandingan inovasi sains. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa guru Sains menghadapi pelbagai cabaran dalam menyertai pertandingan inovasi sains, yang memberi kesan kepada penglibatan dan pencapaian sekolah. Implikasi kajian ini mencadangkan agar pihak Kementerian Pendidikan, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah bekerjasama rapat untuk menangani cabaran-cabaran ini. Kajian ini juga menyumbang kepada teori pendidikan dengan menekankan pentingnya pendekatan bersepadu dalam meningkatkan keupayaan guru untuk menyertai pertandingan inovasi sains. Kesimpulannya, dapatan kajian ini hanya merujuk kepada konteks kajian iaitu SJK (Tamil) di Daerah Kinta Utara dan tidak bertujuan untuk membuat generalisasi kepada semua sekolah |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |