UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :HQ The family. Marriage. Woman
Main Author :Nurul Syifa@Siti Aishah Ahmarofi
Additional Authors :
  • Elis Syuhaila Mokhtar
Title :Penggunaan figura Wanita sebagai ciri representasi Utama dalam seni catan kontemporari pelukis muda Malaysia 2010-2012
Hits :1
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Seni,Kelestarian Industri Kreatif
Year of Publication :2025
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Access to this item is restricted as it is published less than 1 year ago.

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Fokus utama kajian adalah meneliti ciri utama representasi figura wanita dalam seni catan kontemporari Malaysia oleh pelukis muda antara tahun 2010 hingga 2022. Kajian ini bertujuan mengisi jurang dokumentasi dengan membentuk sebuah kronologi representasi figura wanita dari tahun 1940 hingga 2022, sekali gus memahami evolusi dan peranannya dalam seni tempatan. Permasalahan utama kajian ialah kekurangan dokumentasi dan penelitian terhadap penggunaan figura wanita dalam seni catan kontemporari. Pendekatan kualitatif digunakan melalui analisis dokumen, visual dan tematik serta temu bual separa berstruktur dengan pelukis bagi memperoleh data primer dan sekunder yang komprehensif. Hasil kajian menunjukkan bahawa selain berfungsi sebagai elemen estetika, figura wanita turut merepresentasikan isu sosial, budaya dan identiti masyarakat. Dapatan utama merangkumi variasi ciri representasi yang mencerminkan konteks sosial, budaya dan perubahan zaman. Kajian ini mencadangkan perluasan skop kepada media seni lain seperti arca dan seni digital serta menumpukan perspektif pelukis wanita bagi memberikan dimensi baharu. Diharapkan kajian ini dapat memperkukuh pemahaman seni visual tempatan dan membuka ruang kepada penyelidikan lebih mendalam terhadap peranan wanita dalam seni Malaysia.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.