|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
|
||||||||||||||||||||||||
| Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
| Kajian ini dijalankan bertujuan untuk membincang faktor-faktor yang mempengaruhi mahasiswa universiti awam menggunakan media sosial, mengenalpasti bentuk-bentuk ancaman jenayah siber yang dialami oleh mahasiswa universiti dan menganalisis langkah-langkah yang boleh diambil oleh mahasiswa untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa ancaman jenayah siber. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menemubual 30 orang Mahasiswa melalui perbincangan kumpulan fokus dari lima buah Universiti Awam terpilih dan informan elit yang terdiri daripada dua orang ahli akademik dan dua orang pegawai PDRM. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor-faktor penggunaan media sosial oleh mahasiswa adalah untuk mencari hiburan, berkomunikasi, mencari dan berkongsi maklumat, mengikuti isu semasa, menjana pendapatan dan membeli barangan atas talian. Antara bentuk-bentuk ancaman jenayah siber yang dialami oleh mahasiswa adalah melalui panggilan telefon, penghantaran mesej, penggodaman akaun media sosial, komen lucah, penawaran pekerjaan dan penipuan parcel. Antara langkah-langkah yang boleh digunakan oleh mahasiswa untuk mengelakkan diri daripada ancaman jenayah siber adalah tidak menekan pautan mencurigakan, tidak memberi butiran peribadi dalam media sosial, tidak memberi maklumat peribadi, tidak menerima sebarang tawaran yang mencurigakan, tidak terlalu obsess berkongsi aktiviti harian di media sosial, menyekat akaun penjenayah dan membuat laporan polis. Sehubungan dengan itu, mahasiswa tidak terkecuali menerima ancaman siber apabila menggunakan media sosial. Kajian ini dapat memberi pendedahan berkenaan penjagaan kendiri terhadap maklumat peribadi mahasiswa, memberi pendedahan kepada masyarakat tentang bentuk dan cara ancaman siber yang boleh berlaku serta langkah pencegahan terhadap ancaman siber. |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |