|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
|
||||||||||||||||||||||||||
| Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
| Pakaian Tradisional dan Perhiasan Diri Sabung Impit Etnik Tombonuo dalam Konteks Kurikulum Standard Sekolah Menangah (KSSM) Pendidikan Seni Visual, ini didasari oleh teori utama iaitu teori Apresiasi oleh Edmund Bruke Feldman (1994) dan Pendekatan Reka Bentuk oleh Siti Zainon Ismail (1986). Objektif kajian ini adalah untuk menerangkan ciri- ciri, mengenalpasti jenis motif dan corak serta menganalisis makna motif dan corak pada Sabung Impit lelaki dan wanita Tombonuo di Paitan Sabah. Penyelidik menggunakan perisian Adobe Illustrator CC untuk melakar semula Sabung Impit. Kaedah kajian yang digunakan dalam penyelidikan ini ialah kaedah kajian kualitatif kajian lapangan, iaitu pemerhatian, temu bual dan kajian perpustakaan. Analisis data berdasarkan objektif kajian. Kajian mendapati ciri-ciri bagi Sabung Impit wanita terbahagi kepada Sabung iaitu baju dan tapi iaitu kain sarung. Manakala bagi lelaki pula hanya mempunyai seluar yang dipanggil sebagai Kontiu dan bagi kedua-dua jantina ini juga memiliki perhiasan diri yang digunakan dalam pemakaian lengkap Sabung Impit, reka bentuk Sabung Impit wanita dihasilkan berdasarkan kepada pepatah Tombonuo iaitu Osiow Pugikolan nu Tinaih No yang bermaksud terlalu ramping. Seterusnya, penyelidikan ini juga mendapati bahawa motif yang dihasilkan pada Sabung Impit terbahagi kepada lima kategori iaitu zoomorph, phyllomorph, kosmos, geometri dan umum. setiap motif yang dihasilkan mempunyai makna dan falsafah di sebalik penghasilannya namun yang menjadi lambang utama bagi Sabung Impit ialah, corak Atalambu yang terhasil daripada pengulangan motif Tulang Nu Paet iaitu corak tulang ikan bersumberkan ikan Lampam Jawa, yang menceritakan kehidupan etnik Tombonuo itu sendiri. Manakala bagi lelaki Tombonuo Paitan pula yang menjadi lambang utama adalah perhiasan diri Sapu tangan pada bahagian kepala yang dihasilkan dengan pepatah Tombonuo okon po ko toranan nopomintangan ku yoh untuk menghargai bakal pasangan yang dikahwini. Diharapkan kajian ini dapat melestarikan Pakaian Tradisional dan Perhiasan Diri Sabung Impit Etnik Tombonuo dalam Konteks Kurikulum Standard Sekolah Menangah (KSSM) Pendidikan Seni Visual. Sebagai khazanah warisan negara serta menjadi bahan rujukan tambahan kepada guru dan penyelidik pada masa akan datang._ |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |