UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Hanzolah Che Sobry
Additional Authors :
  • Che Ghani Che Kob
Title :Kompentensi pensyarah Program Diploma Teknologi Pembinaan terhadap amalan outcome based education (OBE) di Kolej Vokasional Malaysia
Hits :1
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Teknikal dan Vokasional
Year of Publication :2025
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Access to this item is restricted as it is published less than 1 year ago.

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Transformasi sistem pendidikan tinggi di institusi TVET Awam Malaysia ke arah mengamalkan Outcome Based Education (OBE) adalah penting namun laporan MQA dan MBOT menunjukkan kebanyakan pensyarah masih kurang memahami dan tidak melaksanakan OBE sepenuhnya. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kompetensi pensyarah Program Diploma Teknologi Pembinaan (DCA) terhadap amalan OBE di 44 buah KV Malaysia. Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kajian tinjauan digunakan. Konstruk utama kajian didapati daripada Teori Spencer dan Spencer (1993) dan Model Kompetensi Iceberg (1996). Instrumen kajian terdiri daripada satu set soal selidik. Proses kesahan instrumen dijalankan oleh tujuh orang pakar menunjukkan persetujuan pakar yang sangat baik. Nilai Alpha Cronbach _=0.992 menunjukkan instrumen mempunyai ketekalan dalaman yang sangat baik dalam mengukur pengetahuan, kemahiran dan sikap. Populasi kajian terdiri daripada 199 pensyarah DCA dan saiz sampel seramai 148 responden telah dipilih secara pensampelan rawak berstrata yang dibahagikan kepada lima zon. Dapatan kajian mendapati pensyarah DCA bersetuju (min=3.93, SP=0.49) bahawa mereka memiliki pengetahuan tentang OBE. Responden juga bersetuju (min=3.87, SP=0.23) bahawa mereka memiliki kemahiran dalam amalan OBE. Sikap responden adalah positif (min=4.08, SP=0.06) terhadap OBE. Analisis ujian ANOVA mendapati tiada perbezaan signifikan persepsi pensyarah DCA terhadap amalan OBE berdasarkan zon lokasi penawaran [F(4,143)=0.300, p>0.05]. Sebaliknya, ujian ANOVA mendapati perbezaan signifikan bagi tahap kompetensi terhadap amalan OBE pensyarah DCA berdasarkan pengalaman mengajar [F(2,145)=5.466, p
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.