UPSI Digital Repository (UDRep)

Analisis struktur dan fungsi puisi Ramban dalam buku Leka Main Asal Iban

AVAILABLE Thesis 752 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information
Title
Analisis struktur dan fungsi puisi Ramban dalam buku Leka Main Asal Iban
Type
Thesis
Main Author
Nelson Kubu Empajang
Additional Authors
  • Rohayati Junaidi (advisor)
Subject
PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of publication
2025
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Kajian ini menganalisis struktur dan fungsi sepuluh puisi ramban terpilih daripada buku Leka Main Asal Iban karya Jimmy Donald (1993). Puisi ramban ialah puisi tradisional masyarakat Iban yang sering dinyanyikan atau dilafazkan untuk menyampaikan kestabilan emosi, sosial, nasihat dan hiburan. Pendekatan kualitatif digunakan dengan kaedah analisis kandungan melalui pensampelan bertujuan untuk memilih puisi yang mencerminkan kepelbagaian tema dan gaya. Data dianalisis menggunakan Teori Strukturalisme Ferdinand de Saussure (1983) bagi meneliti struktur formal dan sintaksis, serta Teori Pragmatik Grice (1975) untuk mengklasifikasikan kandungan tema berdasarkan makna tersirat dan tujuan komunikasi. Dapatan menunjukkan bahawa puisi ramban kaya dengan unsur gaya bahasa seperti hiperbola, asonansi, aliterasi, metonimi, anafora, simploce, satira, sinisme, sinkop, simile, homoioteleuton, konotasi, denotasi, imejan bebas, kolokasi, dan polisindeton. Daripada aspek struktur, setiap puisi terdiri daripada prolog, isi, dan epilog, serta sering menggunakan paralelisme. Panjang puisi antara 7 hingga 32 baris, dengan 3 hingga 11 perkataan setiap baris. Unsur prosodi seperti ritma, rima, jeda, disfemisme, dan nada emosi menyerlahkan kemerduan puisi ini. Daripada aspek tema, ramban mengangkat aspek kehidupan bermasyarakat, pendidikan, hubungan kekeluargaan, cinta, dan kesopanan. Daripada aspek fungsi, puisi ini menjadi medium penyampaian nasihat, sindiran, dorongan, kritikan tingkah laku, serta luahan kesedihan atau ketidakpuasan. Puisi ramban ini mencerminkan identiti dan nilai budaya masyarakat Iban. Kajian ini bukan sahaja mendokumentasikan tradisi sastera yang kaya, malah menyokong usaha pemeliharaan dan pengiktirafan warisan lisan Iban di peringkat global.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.