UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :BF Psychology
Main Author :Muhammad Najib Husman@Othman
Additional Authors :
  • Ahmad Jazmin Jusoh
Title : Kesan modul bimbingan kelompok Teori Pilihan Terapi Reality terhadap tingkah laku dan keperluan asas murid ponteng sekolah
Hits :1
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2025
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Access to this item is restricted as it is published less than 1 year ago.

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian ini bertujuan menilai kesan modul bimbingan kelompok Teori Pilihan Terapi Realiti terhadap tingkah laku dan keperluan asas murid ponteng sekolah. Reka bentuk kajian ini ialah eksperimen kuasi dengan pendekatan ujian pra dan pasca, melibatkan dua kumpulan rawatan (bimbingan kelompok besar dan bimbingan kelompok kecil) serta satu kumpulan kawalan. Kajian ini menggunakan teknik pensampelan rawak bertujuan dan dilaksanakan di daerah Hulu Perak melibatkan lima buah sekolah menengah. Data dikumpulkan melalui soal selidik Keperluan Asas Individu yang mengandungi lima sub-konstruk keperluan asas individu menurut Teori Pilihan Terapi Realiti dan Skala Ohio dikenali sebagai Youth Problem, Functioning and Satisfaction Scales. Skala ini terdiri daripada tiga sub-konstruk iaitu masalah, kefungsian, dan kepuasan. Seramai 77 subjek terlibat dalam kajian ini, dibahagikan kepada dua kumpulan rawatan dan satu kumpulan kawalan. Kumpulan rawatan pertama, bimbingan kelompok kecil (R1a), terdiri daripada 11 murid, manakala kumpulan rawatan kedua, bimbingan kelompok besar (R2), melibatkan 33 murid. Kumpulan kawalan (K1) juga terdiri daripada 33 murid. Subjek dalam kumpulan rawatan menjalani lapan sesi dan lapan aktiviti bimbingan kelompok. Data kuantitatif dianalisis menggunakan SPSS melalui kaedah analisis deskriptif untuk perbandingan min serta analisis inferensi menggunakan ujian t (Paired Sample t-test) dan MANOVA. Hasil kajian menunjukkan bahawa modul MBKCTRT memberikan kesan signifikan terhadap peningkatan tingkah laku dengan nilai min 0.232 dan keperluan asas murid ponteng sekolah dalam kumpulan rawatan dengan nilai min 0.848, berbanding dengan kumpulan kawalan yang menunjukkan kesan yang kurang signifikan. Secara keseluruhan, MBKCTRT terbukti berkesan dalam meningkatkan tingkah laku serta memenuhi keperluan asas murid yang ponteng sekolah, dengan keberkesanan yang lebih ketara dalam kelompok yang lebih besar iaitu min 3.47 berbanding kelompok kecil iaitu min 3.23. Oleh itu, MBKCTRT berpotensi dijadikan sebagai intervensi yang dalam menangani isu ponteng sekolah. Implikasi kajian ini menyumbang kepada bidang perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dengan pembangunan modul bimbingan kelompok kecil dan besar.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.