Pembangunan Papan Pemuka Digital bagi pengurusan bukti pentaksiran dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual di daerah Kinta Utara Perak
Type
Thesis
Main Author
Asmawi Nasir
Additional Authors
Syaza Hazwani Zaini (advisor)
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2025
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan aplikasi Papan Pemuka Digital (PPDi) dan memupuk pembelajaran kendiri murid dalam talian. Objektif kajian termasuk mengenal pasti keperluan pembangunan PPDi untuk pengurusan bukti pentaksiran, mereka bentuk dan membina aplikasi PPDi, dan meneroka keberkesanan penggunaan PPDi. Proses kajian menggunakan model reka bentuk instruksional ADDIE. Kajian dijalankan di daerah Kinta Utara, Perak menggunakan pendekatan kualitatif yang melibatkan tujuh orang responden termasuk guru Pendidikan Seni Visual, guru kanan mata pelajaran dan pegawai Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) melalui kaedah triangulasi dan temu bual. Setiap perbualan telah dirakam dan ditranskripsikan untuk analisis tematik. Dapatan kajian mengenal pasti tiga tema utama: (a) pendigitalan instrumen dan bukti pentaksiran murid, alternatif memperkasakan PBD, (b) konsep aplikasi, data analisis, pencapaian murid dan bukti bergambar sebagai rujukan guru menjalankan penilaian profesional untuk menentukan tahap penguasaan murid, (c) PPDi, meringankan beban tugas, mengelak persepsi serta ketirisan maklumat, telah memberikan keyakinan kepada murid dan pentadbir dalam penjaminan kualiti. Penilaian tahap kesukaran Papan Pemuka Digital dilaksanakan melalui skala 1-10 dan hasil kajian menunjukkan guru senior lebih cenderung untuk menguruskan PBD secara manual menggunakan borang transit untuk perekodan (> skala 5), namun tidak efektif untuk mengesan peningkatan atau kelemahan murid. Penelitian dan penilaian bukti pentaksiran khususnya dalam bidang seni visual perlu melalui proses perbandingan bagi menentukan berlakunya perubahan prestasi untuk proses penambahbaikan. Pengurusan PBD secara atas talian lebih efektif untuk maklum balas guru, pemantauan pentadbir dan semakan murid untuk tindakan susulan. Penguasaan teknologi digital perlu diperkasakan dikalangan guru bagi memastikan pengurusan PBD lebih berkesan dan mampan.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.