UPSI Digital Repository (UDRep)

Teater celik sosial sebagai sebuah performative memupuk tingkah laku berisiko tinggi dalam kalangan remaja Lembah Klang

AVAILABLE Thesis 117 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information
Title
Teater celik sosial sebagai sebuah performative memupuk tingkah laku berisiko tinggi dalam kalangan remaja Lembah Klang
Type
Thesis
Main Author
Muhammag Nabil Zahanuddin
Additional Authors
  • Nor Suhardi Nor Hashim (advisor)
Subject
ML Literature of music
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Muzik dan Seni Persembahan
Year of publication
2025
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Projek Pengajian Persembahan (D3P-Karya Kreatif) adalah untuk membangunkan kerangka Teater Celik Sosial Sebagai Sebuah Performatif demi Memupuk Tingkah Laku Berisiko Tinggi Dalam Kalangan Remaja Lembah Klang. Penciptaan performatif Teater Celik Sosial adalah berdasarkan pertikaian pengkaji tentang seni teater bukan semata-mata sebagai aktiviti berlakon demi mempamerkan simbol krisis sosial. Malahan, proses berlakon teater dapat memupuk kefahaman remaja tentang isu tingkah laku berisiko tinggi yang bersemi dalam kehidupan masyarakat realiti. Justeru, objektif pertama projek kreatif ini adalah membina Kerangka Teater Celik Sosial sebagai pendekatan main dan bermain performatif. Objektif kedua adalah mempamerkan teater celik sosial sebagai aksi main dan bermain teater masa kini. Objektif ketiga adalah menjustifikasikan teater celik sosial sebagai medium alternatif pembelajaran tentang tingkah laku berisiko tinggi di kalangan peserta remaja. Teori penciptaan pada karya kreatif ini adalah bersandarkan kepada kerangka teoretikal main dan bermain Schechner yang menegaskan aktiviti bermain dapat memupuk pemikiran kritis dan kreatif pemain lakon untuk memerihalkan isu krisis sosial dari sumber pengalaman hidup. Dengan menetapkan prinsip teater celik sosial merangkumi intervensi naratif, susun mainan cerita, main performatif dan celik sosial sebagai kerangka penciptaan Teater Celik Sosial. Lantas, implikasi projek kreatif ini dapat menunjukkan proses main dan bermain teater celik sosial dapat memupuk peserta mengalami dan memahami isu tingkah laku berisiko tinggi sebagai konflik kehidupan. Hasil dapatan aktiviti main dan bermain Teater Cilik Sosial bukan sahaja berfungsi sebagai medium estetik lakon, malahan turut berperanan sebagai medium pembelajaran peserta bagi memahami natijah bertingkah-laku risiko tinggi dalam sesebuah kehidupan. Hasil rumusan projek kreatif dapat dijadikan panduan kepada pemegang taruh berkepentingan memahami kerangka teater celik sosial adalah satu medium alternatif pembelajaran teater demi memupuk kesedaran krisis tingkahlaku risiko di kalangan remaja Lembah Klang pada kehidupan realiti.__

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.