UPSI Digital Repository (UDRep)

Perkaitan antara tret personality sokongan ibu bapa dan efikasi kendiri dalam membuat keputusan kerjaya terhadap jangkaan hasil kerjaya

AVAILABLE Thesis 127 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Perkaitan antara tret personality sokongan ibu bapa dan efikasi kendiri dalam membuat keputusan kerjaya terhadap jangkaan hasil kerjaya
Type
Thesis
Main Author
Anis Fatima Savugathali
Additional Authors
  • Muhammad Bazlan Mustafa (advisor)
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2025
Degree Type
Doctoral
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji perkaitan antara tret personaliti, sokongan ibu bapa dan efikasi kendiri dalam membuat keputusan kerjaya terhadap jangkaan hasil kerjaya. Seramai 765 orang responden di Universiti Kebangsaan Malaysia terlibat dalam kajian ini. Reka bentuk kajian ini menggunakan kaedah kajian tinjauan dimana data dikumpul melalui borang soal selidik International Personality Item Pool (IPIP), Skala Sokongan Ibu Bapa, Efikasi Kendiri Membuat Keputusan Kerjaya dan Career Decision Making Outcome Expectancies Scale (CDMOES). Data di analisis menggunakan ujian-t, ANOVA Sehala, korelasi, regrasi berganda dan Permodelan Persamaan Berstruktur. Dapatan ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan tret personaliti Neurotisisme berdasarkan jantina. Manakala ujian ANOVA sehala menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan tret personaliti Ekstraversi, Agreeableness, Conscientiousness, Keterbukaan dan Neurotisisme pelajar berdasarkan fakulti. Dapatan ujian korelasi menunjukkan terdapat hubungan antara tret personaliti Conscientiousness (r=0.117), Keterbukaan (r=0.105) dan Neurotisisme (r=-0.119) dengan efikasi kendiri dalam membuat keputusan kerjaya. Seterusnya, terdapat hubungan yang signifikan antara tret personaliti Ekstraversi (r=0.140), Agreeableness (r=0.090), Conscientiousness (r=0.077), Keterbukaan (r=0.102) dan efikasi kendiri membuat keputusan kerjaya (r =0.189) dengan jangkaan hasil kerjaya. Dapatan regrasi berganda menunjukkan bahawa tret personaliti Neurotisisme, Conscientiousness dan Keterbukaan adalah peramal yang signifikan dan menyumbang sebanyak 3.1% ke atas efikasi kendiri dalam membuat keputusan kerjaya pelajar. Dapatan juga mendapati efikasi kendiri dalam membuat keputusan kerjaya, tret personaliti Ekstraversi dan Keterbukaan adalah peramal yang signifikan dan menyumbang sebanyak 5.9% ke atas jangkaan hasil kerjaya pelajar. Analisis Permodelan Persamaan Berstruktur menunjukkan wujud kesan pengantara antara sokongan ibu bapa, tret personaliti Conscientiousness dengan jangkaan hasil kerjaya melalui efikasi kendiri dalam membuat keputusan kerjaya. Kesimpulannya, tret personaliti dan sokongan ibu bapa meningkatkan efikasi kendiri dan jangkaan hasil kerjaya pelajar. Implikasi kajian ini mencadangkan agar pelajar dan ibu bapa mengambil kira faktor personaliti dan efikasi kendiri dalam pemilihan kerjaya. Manakala pihak universiti perlu menyediakan program yang membolehkan pelajar untuk membuat keputusan kerjaya dan bersaing dalam pasaran kerja.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.