UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Nurul Atikah Mohd Badli
Additional Authors :
  • Mohd Mokhzani Ibrahim
Title :Pembangunan dan pengujian Modul Pembelajaran Berasaskan Masalah Mod Campuran Sokratik (PBMMC_S) bagi Konsep Tiga Aras Perwakilan Kimia
Hits :0
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains dan Matematik
Year of Publication :2025
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Access to this item is restricted as it is published less than 1 year ago.

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan Modul Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Masalah Mod Campuran_Sokratik (PBMMC_S) dan menguji kesan modul tersebut terhadap penguasaan pelajar bagi Konsep Tiga Aras Perwakilan Kimia. Reka bentuk kajian pembangunan yang terdiri daripada tiga fasa telah digunakan untuk membangunkan Modul PBMMC_S. Bagi Fasa 1 iaitu analisis keperluan, instrumen kajian ialah ujian tiga aras perwakilan kimia yang melibatkan 82 orang pelajar yang dipilih melalui pensampelan bertujuan. Di samping itu, soal selidik implementasi PBM juga digunakan dengan melibatkan 63 orang guru melalui teknik pensampelan bertujuan. Bagi Fasa 2 iaitu reka bentuk dan pembangunan, instrumen kajian merupakan protokol temu bual yang melibatkan sembilan orang pakar. Fasa 3 iaitu penilaian melibatkan instrumen nota catatan pemerhatian, dokumen pelajar dan protokol temu bual. Data daripada fasa satu dianalisis secara analisis deskriptif manakala data daripada fasa dua dan tiga, dianalisis secara analisis tematik. Dapatan Fasa 1 menunjukkan bahawa penguasaan pelajar terhadap konsep Tiga Aras Perwakilan Kimia adalah rendah. Sementara itu, pengetahuan guru mengenai pendekatan pembelajaran berasaskan masalah mod campuran adalah tinggi, tetapi tahap pemahaman dan pelaksanaan adalah sederhana. Dalam Fasa 2, telah dikenal pasti standard pembelajaran, kandungan konsep, strategi, dan penilaian pembelajaran yang menjadi asas kepada pembinaan Modul PBMMC_S, melalui pandangan pakar. Fasa 3 menunjukkan bahawa implementasi Modul PBMMC_S berjaya meningkatkan penguasaan pelajar dalam konsep Tiga Aras Perwakilan Kimia. Kesimpulannya, Modul PBMMC berkesan dalam meningkatkan penguasaan pelajar bagi Konsep Tiga Aras Perwakilan Kimia. Implikasinya, Modul PBMMC_S berpotensi untuk dijadikan sebagai bahan bantu mengajar yang efektif dalam meningkatkan penguasaan Konsep Tiga Aras Perwakilan Kimia.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.