UPSI Digital Repository (UDRep)

Pengajaran Fiqh Al-Ayat Kurikulum bersepadu Tahfiz di sekolah menengah Imtaz Terengganu

AVAILABLE Thesis 136 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Pengajaran Fiqh Al-Ayat Kurikulum bersepadu Tahfiz di sekolah menengah Imtaz Terengganu
Type
Thesis
Main Author
Al-Luqman Al-Hakim Che Zamri
Additional Authors
  • Norhisham Muhamad (advisor)
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of publication
2025
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meneroka pengajaran Fiqh al -Ayat dalam Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) di Sekolah Menengah Imtiaz Terengganu. Fiqh al -Ayat merupakan komponen penting dalam pendidikan tahfiz yang menekankan kefahaman terhadap ayat -ayat al-Quran, namun pelaksanaannya dilihat kurang diberi perhatian berbanding hafazan. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan kaedah temu bual separa berstruktur, pengamatan dan analisis dokumen. Seramai lapan orang guru dari empat buah sekolah SM Imtiaz d i Terengganu telah menjadi informan kajian. Hasil dapatan menunjukkan bahawa guru menggunakan pelbagai kaedah seperti syarahan, penceritaan, soal jawab dan dialog. Pendekatan deduktif dan tematik adalah paling dominan, disesuaikan mengikut konteks ayat dan tahap penguasaan pelajar. Strategi berpusatkan guru lebih kerap digunakan kerana ketiadaan silibus khusus dan keperluan memastikan penyampaian yang seragam. Walau bagaimanapun, terdapat usaha berpusatkan pelajar melalui aktiviti interaktif seperti permainan, perbincangan kumpulan dan penggunaan teknologi. Dapatan juga menunjukkan kelemahan dari aspek pentaksiran kefahaman pelajar dan kekurangan waktu pengajaran khusus bagi Fiqh al-Ayat. Kajian ini mencadangkan agar silibus khusus dibangunkan serta latihan pedagogi guru ditambah baik bagi menyokong pelaksanaan yang lebih berkesan. Implikasi kajian ini menunjukkan keperluan penstrukturan semula pengajaran Fiqh al -Ayat agar selari dengan objektif Kurikulum Bersepadu Tahfiz dan Falsafah Pendidikan Islam untuk melahirkan huffaz yang memahami, menghayati serta mengamalkan al-Quran dalam kehidupan. Kata kunci: Fiqh al-Ayat, Kurikulum Bersepadu Tahfiz, gaya pengajaran, kefahaman al - Quran, SM Imtiaz

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.