Peranan interaksionisme simbolik dan akulturasi terhadap interaksi silang budaya dalam kalangan pelajar antarabangsa di sebuah university awam Malaysia
Peranan interaksionisme simbolik dan akulturasi terhadap interaksi silang budaya dalam kalangan pelajar antarabangsa di sebuah university awam Malaysia
Type
Thesis
Main Author
Nurafifah Natrah Ahmad Nahar
Additional Authors
Noor Insyirah Abu Bakar (advisor)
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2025
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun
Abstract
Objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti peranan interaksionisme simbolik terhadap interaksi silang budaya berdasarkan empat elemen makna simbolik iaitu objek, bahasa, perkataan dan perlakuan manakala masalah akulturasi juga diteliti oleh penyelidik terhadap pelajar antarabangsa di UPSI. Reka bentuk penyelidikan kualitatif dipilih berdasarkan kajian kes yang berlaku di lokasi kajian. Pungutan data pula menggunakan kaedah triangulasi data untuk mengumpulkan data kajian seperti temu bual, analisis dokumen dan senarai semak. Seramai 10 orang pelajar antarabangsa dipilih menjadi informan menggunakan teknik pensampelan bertujuan dan teknik pensampelan snowball. Dapatan kajian mendapati empat elemen dalam makna simbolik iaitu objek, bahasa, perlakuan dan perkataan memainkan peranan yang sangat penting dalam interaksi silang budaya. Penggunaan bahasa pula membawa peranan paling utama dalam interaksionisme simbolik. Manakala makna simbolik juga diadaptasikan melalui cara pemikiran individu tersebut dalam norma masyarakat mereka. Selain itu, masalah utama akulturasi yang diperolehi melalui kajian ini ialah halangan budaya dari akademik, budaya, pemakanan dan perubahan iklim. Walaubagaimanpun, informan kajian dapat menerima akulturasi budaya secara keseuruhan tanpa melupakan budaya asal mereka. Secara kesimpulan, kajian ini bahawa membuktikan interaksi silang budaya dan akulturasi ini sangat bermanfaat dalam proses komunikasi seharian manusia sepanjang menempuhi kehidupan di perantauan. Implikasi kajian pula menunjukkan bahawa interaksionisme simbolik dan akulturasi ini menambahkan motivasi pelajar antarabangsa dalam mengutamakan kemahiran belajar bahasa supaya menjadi lebih bersemangat dalam menempuh cabaran interaksi silang budaya di negara ini.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.