|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
|
||||||||||||||||||||||||||
| Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
| Kajian ini bertujuan untuk menganalisis keberkesanan teknik SQ3R dalam kefahaman membaca teks bahasa Tamil bagi murid Tahun Tiga. Kajian kuasi-eksperimen ini menggunakan teknik persampelan rawak yang melibatkan seramai 63 orang murid Tahun Tiga dari dua buah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil di daerah Sepang. Seramai 32 orang murid dalam kumpulan rawatan diajar menggunakan teknik SQ3R, manakala 31 orang murid dalam kumpulan kawalan mengikuti kaedah pengajaran konvensional. Instrumen kajian yang digunakan ialah ujian pemahaman bertulis dan borang soal selidik untuk menilai tahap penerimaan murid terhadap teknik SQ3R. Data telah dikumpulkan dan dianalisis menggunakan analisis deskriptif dan inferensi, iaitu ujian t sampel bebas dan ujian t sampel berpasangan. Analisis deskriptif menunjukkan bahawa skor min ujian pasca bagi kumpulan rawatan (M = 62.28, SD = 17.74) adalah lebih tinggi berbanding skor min ujian pra (M = 51.23, SD = 16.48). Skor min ujian pasca bagi kumpulan rawatan (M = 62.28, SD = 17.74) juga lebih tinggi daripada skor min ujian pasca bagi kumpulan kawalan (M = 53.54, SD = 15.19). Analisis inferensi (t(32) = -10.4, p = 0.000) pula menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara skor min ujian pra dengan ujian pasca dalam kumpulan rawatan. Terdapat juga perbezaan yang signifikan antara skor min ujian pasca kumpulan rawatan (t (61) = 2.09, p= 0.04) dengan kumpulan kawalan (t (61) = 2.10, p= 0.04). Dapatan kajian ini menunjukkan teknik SQ3R memberi kesan positif terhadap pencapaian kefahaman membaca teks bahasa Tamil dalam kalangan murid Tahun Tiga. Kajian ini memberi implikasi kepada guru dalam usaha mempelbagaikan teknik pengajaran. |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |