UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Rani Mariyapan
Additional Authors :
  • Kartheges Ponniah
Title : Keberkesanan teknik SQ3R dalam kefahaman membaca teks Bahasa Tamil murid Tahun Tiga
Hits :13
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of Publication :2025
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Click to view PDF file

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis keberkesanan teknik SQ3R dalam kefahaman membaca teks bahasa Tamil bagi murid Tahun Tiga. Kajian kuasi-eksperimen ini menggunakan teknik persampelan rawak yang melibatkan seramai 63 orang murid Tahun Tiga dari dua buah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil di daerah Sepang. Seramai 32 orang murid dalam kumpulan rawatan diajar menggunakan teknik SQ3R, manakala 31 orang murid dalam kumpulan kawalan mengikuti kaedah pengajaran konvensional. Instrumen kajian yang digunakan ialah ujian pemahaman bertulis dan borang soal selidik untuk menilai tahap penerimaan murid terhadap teknik SQ3R. Data telah dikumpulkan dan dianalisis menggunakan analisis deskriptif dan inferensi, iaitu ujian t sampel bebas dan ujian t sampel berpasangan. Analisis deskriptif menunjukkan bahawa skor min ujian pasca bagi kumpulan rawatan (M = 62.28, SD = 17.74) adalah lebih tinggi berbanding skor min ujian pra (M = 51.23, SD = 16.48). Skor min ujian pasca bagi kumpulan rawatan (M = 62.28, SD = 17.74) juga lebih tinggi daripada skor min ujian pasca bagi kumpulan kawalan (M = 53.54, SD = 15.19). Analisis inferensi (t(32) = -10.4, p = 0.000) pula menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara skor min ujian pra dengan ujian pasca dalam kumpulan rawatan. Terdapat juga perbezaan yang signifikan antara skor min ujian pasca kumpulan rawatan (t (61) = 2.09, p= 0.04) dengan kumpulan kawalan (t (61) = 2.10, p= 0.04). Dapatan kajian ini menunjukkan teknik SQ3R memberi kesan positif terhadap pencapaian kefahaman membaca teks bahasa Tamil dalam kalangan murid Tahun Tiga. Kajian ini memberi implikasi kepada guru dalam usaha mempelbagaikan teknik pengajaran.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.