Kesan modul Latihan Pendidikan seksual berdasarkan pendekatan kognitif tingkah laku (TKT) terhadap pengetahuan seksual mahasiswa
Type
Thesis
Main Author
Nurul Izyan Mohd Sobri
Additional Authors
Fauziah Mohd Saad (advisor)
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2019
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun
Abstract
Kajian eksperimen ini bertujuan untuk mengkaji Kesan Modul Latihan Pendidikan Seksual Berdasarkan Pendekatan Kognitif Tingkah Laku (TKT) Terhadap Pengetahuan Seksual Mahasiswa. Kajian ini melibatkan 60 orang mahasiswa di sebuah universiti awam yang dipilih secara rawak. Mahasiswa ini dilatih sebagai fasilitator dengan menggunakan Modul Pendidikan Seksual (MPS) berdasarkan pendekatan Kognitif Tingkah Laku (TKT). Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah Soal Selidik Tahap Pengetahuan Seksual Mahasiswa dan Modul Pendidikan Seksual berdasarkan pendekatan TKT. Reka bentuk yang dijalankan berbentuk kajian kuantitatif yang dijalankan secara kuasi eksperimen. Peserta kajian dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan rawatan (n=30) dan kumpulan kawalan (n=30). Kumpulan rawatan diberikan latihan pendidikan seksual berdasarkan TKT dengan menggunakan modul pendidikan seksual selama lapan minggu. Data kajian dianalisis dengan kaedah analisis statistik deskriptif dan inferens menggunakan perbezaan min dan ujian T. Dapatan kajian menunjukkan latihan pendidikan seksual berdasarkan pendekatan kognitif tingkah laku (TKT) berkesan secara signifikan terhadap peningkatan aspek pengetahuan seksual mahasiswa iaitu nilai p adalah kurang daripada aras signifikan .05 [t(29)= -55.78, p
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.