UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Loga Rani Rajandran
Additional Authors :
  • Zahari Suppian
Title :Menilai pelaksanaan Google Classroom di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil daerah Kuala Kangsar
Hits :2
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2025
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Click to view PDF file

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Tujuan kajian ini adalah untuk menilai pelaksanaan platform atas talian Google Classroom yang berada dalam kegunaan murid sekolah. Platform pengajaran dan pembelajaran atas talian adalah satu aspek penting pada zaman ini. Justeru wujud keperluan untuk mengenalpasti tahap persepsi guru dalam pelaksanaan Google Classroom. Kajian ini berbentuk tinjauan yang menggunakan soal selidik sebagai instrumen. Populasi kajian adalah seramai 139 orang guru daripada 12 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dalam daerah Kuala Kangsar. Daripada jumlah populasi, 103 sampel telah dipili h secara rawak mudah. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif secara analisis deskriptif dan inferensi . Data di analisis menggunakan SPSS . Hasil dapatan kajian deskriptif menunjukkan peratus tahap persetujuan guru-guru sekolah adalah tinggi terhadap kesemua empat konstruk iaitu konteks, input, proses dan produk. Manakala, dapatan ujian regresi berganda dalam kajian menunjukkan bahawa keempat-empat pembolehubah peramal menyumbang sebanyak 75.4% varians terhadap dimensi P roduk dalam pelaksanaan Google Classroom. Dapatan kajian ini juga menunjukkan dimensi Proses merupakan peramal utama dengan 40.1% kepada dimensi Produk, diikuti oleh dimensi Input sebanyak 33.3% . Kesimpulannya, kajian ini mendapati bahawa pelaksanaan Google Classroom di sekolah-sekolah SJK(T) di daerah Kuala Kangsar, Perak, diterima baik oleh guru-guru dengan persepsi yang positif terhadap dimensi Konteks, Input, Proses, dan Produk. Implikasinya, kajian ini menunjukkan bahawa pelaksanaan Google Classroom memberikan manfaat yang signifikan dalam konteks pendidikan, khususnya dalam menilai tahap penerimaan dan kesediaan guru.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.