|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
|
||||||||||||||||||||||||||
| Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
| Kajian ini bertujuan untuk membangunkan satu kerangka kompetensi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) yang komprehensif bagi program latihan kemahiran di GIATMARA Malaysia. Keperluan kajian ini timbul susulan kewujudan jurang dalam modul keselamatan sedia ada yang tidak sejajar dengan keperluan industri semasa serta tidak memenuhi kehendak Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514). Pendekatan Reka Bentuk dan Pembangunan (DDR) digunakan, yang melibatkan tiga fasa utama: analisis keperluan, reka bentuk kerangka, dan penilaian pakar. Fasa pertama melibatkan analisis keperluan melalui tinjauan terhadap 269 tenaga pengajar GIATMARA bagi mengenal pasti jurang dan keperluan latihan dalam modul keselamatan semasa. Fasa kedua melibatkan pembentukan kerangka kompetensi berdasarkan dapatan empirikal dan literatur terdahulu. Seterusnya, fasa ketiga melibatkan pengesahan kerangka menggunakan Teknik Fuzzy Delphi dan Teknik Kumpulan Nominal (NGT) melibatkan 18 orang pakar, dengan kadar penerimaan melebihi 75% sebagai penanda aras konsensus. Lima elemen kompetensi utama telah dikenal pasti: (i) asas keselamatan dan kesihatan pekerjaan, (ii) pematuhan perundangan KKP, (iii) latihan KKP, (iv) motivasi keselamatan, dan (v) komunikasi keselamatan. Dapatan kajian menunjukkan tahap kesedaran yang tinggi dalam kalangan tenaga pengajar terhadap kepentingan KKP dalam latihan kemahiran. Hasil ini mengukuhkan keperluan kepada satu strategi pembangunan kerangka kompetensi yang bersifat holistik dan terkini. Kerangka yang dibangunkan ini berpotensi untuk dijadikan panduan utama oleh penggubal kurikulum dalam pembangunan modul keselamatan dan kesihatan pekerjaan di institusi latihan kemahiran di Malaysia, khususnya GIATMARA. |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |