UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :ML Literature of music
Main Author :Jamilah Abu Bakar
Additional Authors :
  • Mohd Nizam Nasrifan
Title :Pembangunan modul pembelajaran nyanyian lagu keroncong Malaysia dengan multimedia interaktif
Hits :11
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Muzik dan Seni Persembahan
Year of Publication :2025
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Click to view PDF file

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Pendedahan terhadap teknik nyanyian keroncong dalam kalangan generasi muda masa kini masih kurang diberikan perhatian, meskipun genre ini mempunyai nilai warisan budaya yang tinggi. Kajian ini bertujuan untuk membangunkan dan menilai kebolehgunaan Modul Pembelajaran Nyanyian Lagu Keroncong Malaysia Dengan Multimedia Interaktif. Kajian ini merangkumi empat fasa utama. Fasa pertama melibatkan proses analisis kandungan melalui dokumen, pemerhatian dan temubual bersama penyanyi keroncong berpengalaman. Fasa kedua merangkumi pembangunan modul berasaskan model m-ADDIE, teori Konstruktivisme Kognitif Piaget, teori Pembelajaran Masteri serta struktur modul Henson dan Sidek & Jamaludin. Fasa ketiga adalah fasa penilaian pakar dan fasa yang terakhir adalah fasa yang dijalankan untuk mengetahui sejauh mana kebolehgunaan modul pembelajaran nyanyian lagu keroncong Malaysia dengan multimedia interaktif membantu pelajar menguasai teknik nyanyian keroncong melalui elemen multimedia interaktif. Borang soal selidik telah diedarkan kepada tiga orang pakar instruksional pendidikan bagi tujuan penilaian modul, sebelum penilaian kebolehgunaan dijalankan dalam Fasa 4 melibatkan lima orang pelajar kursus Aplikasi Vokal I di Universiti Pendidikan Sultan Idris serta dua orang pensyarah vokal. Data dikumpul melalui temubual separa berstruktur dan pemerhatian, termasuk pemerhatian oleh pemerhati luar untuk meningkatkan kesahan dapatan. Hasil dapatan daripada soal selidik ke atas tiga pakar instruksional menunjukkan modul ini sesuai diimplementasikan dengan mengambil kira kesesuaian kandungan, reka bentuk instruksional dan keperluan teknikal. Pelajar menunjukkan penguasaan kemahiran serta peningkatan kefahaman terhadap teknik nyanyian keroncong seperti cengkok, gregel, nggandul, luk dan embat. Penggunaan multimedia interaktif seperti video demonstrasi dan audio panduan dalam modul membantu memudahkan pemahaman dan meningkatkan minat pelajar terhadap pembelajaran nyanyian keroncong. Pensyarah mendapati modul ini membantu dalam merancang, menyusun dan menyampaikan pengajaran dengan lebih sistematik dan berkesan. Kajian ini diharapkan dapat menyumbang kepada pembangunan bahan pembelajaran berasaskan warisan budaya serta memperkukuh usaha pendidikan muzik tradisional ke arah memupuk kecintaan terhadap nyanyian keroncong dalam kalangan generasi muda.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.