Projek eksperimen simulasi sinografi berjudul beringin
Type
Thesis
Main Author
Muhammad Nazrur Dini Roslan
Additional Authors
Lena Farida Hussain Chin (advisor)
Subject
ML Literature of music
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Muzik dan Seni Persembahan
Year of publication
2025
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun
Abstract
Projek berasaskan kajian ini bertujuan untuk mereka bentuk empat buah eksperimen simulasi sinografi yang diinspirasikan daripada elemen mitologi klasik iaitu tanah, air, api dan angin. Empat buah eksperimen simulasi ini dikenali sebagai Samudra, Vayu, Agni dan Bhumi. Berasaskan elemen ini, projek ini akan dihasilkan secara eksperimen dengan menggabungkan teknologi dan kreativiti pentas dalam penghasilan sinografi teater. Terdapat tiga objektif pelaksanaan projek ini (i) meneroka penggunaan bahan dan teknologi untuk menghasilkan simulasi baharu latar pentas, (ii) menghasilkan rekaan siri variasi simulasi sinografi berasaskan secara mockup, (iii) menjalankan eksperimentasi simulasi rekaan secara pameran. Kajian ini menggunakan metodologi Practice Based Research (PBR) sebagai asas. PBR dalam sinografi merupakan metodologi pengkajian yang berasaskan proses sebagai cara untuk menjana pengetahuan dan pemahaman baharu daripada inspirasi yang dipilih. Hasil projek simulasi sinografi ini dijangka mampu mengembangkan variasi rekaan artistik teater di Malaysia yang berdaya immersive dan kontemporari dengan kos yang lebih jimat dan murah. Antara implikasi projek ini adalah untuk menyumbangkan himpunan kajian yang berkaitan dengan bidang sinografi dengan harapan dapat menyumbang kepada metode penghasilan sinografi sebagai usaha mengembangkan landskap sinografi teater amatur di Malaysia secara khususnya.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.