UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini bertujuan menilai kesan penggunaan jigsaw puzzle sebagai alat visualisasi bagi membantu pelajar menulis formula kimia sebatian ion. Kajian dijalankan dengan menggunakan reka bentuk kuasi-eksperimen. Data kajian ini diperolehi melalui kaedah ujian dan soal selidik. Sejumlah 115 pelajar aliran sains tingkatan empat dari dua buah sekolah menengah di daerah Larut, Matang dan Selama telah dipilih secara rawak berkelompok. Kajian ini juga turut meninjau persepsi mereka terhadap penggunaan jigsaw puzzle dalam proses pengajaran-pembelajaran. Data-data dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif (skor min dan sisihan piawai) dan statistik inferensi (ujian-t). Dapatan kajian menunjukkan aktiviti jigsaw puzzle yang diperkenalkan berjaya memberi kefahaman kepada pelajar dalam menulis formula kimia sebatian ion. Pelajar juga mempunyai persepsi yang positif terhadap aktiviti jigsaw puzzle. Kesimpulannya, kajian ini membuktikan bahawa aktiviti pengajaran dan pembelajaran menggunakan jigsaw puzzle adalah berkesan meningkatkan pencapaian pelajar dalam menulis formula kimia sebatian ion serta mendapat persepi yang positif daripada mereka. Kajian ini memberi implikasi bahawa elemen permainan perlu diselitkan semasa merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan pembelajaran adalah lebih heuristik. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |