Kesan penggunaan jigsaw puzzle dalam menulis formula Kimia sebatian ion terhadap kefahaman pelajar sains tingkatan 4
Type
Thesis
Main Author
Leela Devi Palany Kumar
Subject
QD Chemistry
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
N/A
Publisher
Fakulti Sains dan Matematik
Year of publication
2015
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Abstract
Kajian ini bertujuan menilai kesan penggunaan jigsaw puzzle sebagai alat visualisasi bagi membantu pelajar menulis formula kimia sebatian ion. Kajian dijalankan dengan menggunakan reka bentuk kuasi-eksperimen. Data kajian ini diperolehi melalui kaedah ujian dan soal selidik. Sejumlah 115 pelajar aliran sains tingkatan empat dari dua buah sekolah menengah di daerah Larut, Matang dan Selama telah dipilih secara rawak berkelompok. Kajian ini juga turut meninjau persepsi mereka terhadap penggunaan jigsaw puzzle dalam proses pengajaran-pembelajaran. Data-data dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif (skor min dan sisihan piawai) dan statistik inferensi (ujian-t). Dapatan kajian menunjukkan aktiviti jigsaw puzzle yang diperkenalkan berjaya memberi kefahaman kepada pelajar dalam menulis formula kimia sebatian ion. Pelajar juga mempunyai persepsi yang positif terhadap aktiviti jigsaw puzzle. Kesimpulannya, kajian ini membuktikan bahawa aktiviti pengajaran dan pembelajaran menggunakan jigsaw puzzle adalah berkesan meningkatkan pencapaian pelajar dalam menulis formula kimia sebatian ion serta mendapat persepi yang positif daripada mereka. Kajian ini memberi implikasi bahawa elemen permainan perlu diselitkan semasa merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan pembelajaran adalah lebih heuristik.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.