UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Norzuraina Mohd Nor
Title :Pendekatan visual untuk meningkatkan kreativiti murid cacat pendengaran dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual
Publisher :Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif
Year of Publication :2015
Notes :masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji dan menganalisis keberkesanan pengajaran dan pembelajaran menggunakan pendekatan visual semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam meningkatkan kreativiti murid cacat pendengaran. Pendekatan visual digunakan untuk memberi kefahaman yang jelas kepada murid cacat pendengaran yang melibatkan penggunaan modul yang dihasilkan berunsur grafik, objek sebenar dan bahan multimedia. Kajian ini juga melihat peningkatan kreativiti murid cacat pendengaran setelah menggunakan modul yang berasaskan pendekatan visual yang terdapat di dalamnya elemen bahasa seni visual dan kaedah pengajaran. Kajian gabungan kualitatif dan kuantitatif ini menggunakan reka bentuk kajian kes instrumental. Sampel kajian terdiri daripada enam orang murid cacat pendengaran dan empat orang guru seni visual di Sekolah Pendidikan Khas Selangor Seksyen 18, Shah Alam. Data temubual dan pemerhatian diuruskan dalam bentuk rumusan manakala data tugasan dan foto visual diuruskan dengan menggunakan perisian SPSS 17.0 bagi ukuran kecenderungan memusat. Teori Kecerdasan Pelbagai dan Teori Kreativiti berpandukan Model Proses Kreatif Terarah digunakan dalam pendekatan ini. Hasil analisis SPSS 17.0 mendapati min pencapaian menggunakan pendekatan visual sifgnifikan min tugasan 4 iaitu 3.0000 (+) lebih tinggi daripada min tugasan 1, 2 dan 3 iaitu julat min 0.6667(+). Hasil analisis SPSS 17.0 mendapati, tugasan yang di hasilkan murid yang menggunakan pendekatan visual menunjukkan keberkesanan signifikan meningkat dengan penggunaan pendekatan visual semasa pengajaran dan pengajaran. Kajian menunjukkan modul yang dihasilkan dalam pendekatan visual dapat membantu murid cacat pendengaran meningkatkan hasil tugasan di dalam kelas.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.