UPSI Digital Repository (UDRep)

Pentadsiran autentik dalam perkembangan imaginasi kreatif kanak-kanak prasekolah

AVAILABLE Thesis 169 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Pentadsiran autentik dalam perkembangan imaginasi kreatif kanak-kanak prasekolah
Type
Thesis
Main Author
Nur Adibah Ahmad Zamri
Additional Authors
  • Abduk Halim Masran (advisor)
Subject
LB1501 Primary Education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2025
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menilai kebolehgunaan senarai pentaksiran autentik bagi perkembangan imaginasi-kreatif kanak-kanak prasekolah. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah set soal selidik pakar dan protokol temu bual pakar. Kajian ini menggunakan gabungan pendekatan kualitatif dan kuantitatif dengan menggabungkan kaedah Meta Analisis, temu bual, dan soal selidik menggunakan teknik Fuzzy Delphi. Kajian ini dilaksanakan melalui tiga langkah utama. Langkah pertama menggunakan kaedah Meta Analisis, di mana sebanyak 20 bahan kajian dianalisis untuk mengenal pasti ciri-ciri imaginasi-kreatif kanak-kanak prasekolah serta elemen-elemen pentaksiran yang bersesuaian. Langkah kedua melibatkan kaedah temu bual pakar bersama tiga orang responden pakar dalam bidang prasekolah yang mempunyai pengalaman mengajar lebih 10 tahun. Tujuan langkah ini adalah untuk mendapatkan pandangan praktikal dan pengalaman profesional berhubung kesesuaian dan keberkesanan item-item pentaksiran yang dikenal pasti. Hasil analisis temu bual menunjukkan bahawa terdapat beberapa item dalam senarai pentaksiran awal yang kurang sesuai dan disarankan untuk digugurkan, manakala beberapa item lain dipersetujui untuk digunakan dalam senarai item. Langkah ketiga menggunakan teknik Fuzzy Delphi untuk mendapatkan persetujuan pakar mengenai keberkesanan dan kebolehgunaan senarai pentaksiran autentik tersebut. Kesesuaian item- item ditentukan berdasarkan nilai threshold, d _ 0.2, kesepakatan pakar _ 75%. Hasil kajian menunjukkan bahawa beberapa ciri imaginasi-kreatif kanak-kanak boleh dimasukkan dalam senarai pentaksiran autentik. Kajian ini memberi implikasi kepada guru prasekolah untuk melaksanakan bentuk pentaksiran autentik yang memfokuskan kepada perkembangan imaginasi-kreatif kanak-kanak. Selain itu, kajian ini turut menyediakan panduan kepada guru tentang bagaimana memilih, menyesuaikan, dan menggunakan alat pentaksiran dalam amalan pengajaran harian, agar mereka dapat menyokong pertumbuhan kreatif dan perkembangan unik setiap kanak-kanak dengan lebih berkesan.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.