|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
|
||||||||||||||||||||||||||
| Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
| Kajian ini bertujuan untuk membangunkan media e-Lagu untuk pengayaan kosa kata bahasa Kadazandusun untuk murid-murid sekolah rendah luar bandar. Kajian penyelidikan kuantitatif ini menggunakan kaedah tinjauan dan kuasi eksperimen. Data diperoleh melalui soal selidik terhadap 112 orang guru BKD di daerah Keningau dan Tenom sementara kuasi eksperimen yang melibatkan ujian pra dan pasca pula dijalankan terhadap 30 orang murid tahun empat di dua buah sekolah rendah yang terletak di daerah yang sama. Murid-murid dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu 15 orang murid kumpulan kawalan yang diajar menggunakan kaedah konvensional dan 15 orang murid kumpulan rawatan yang diajar menggunakan media e-Lagu. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi untuk melihat peratus, skor min, sisihan piawai dan ujian-t berpasangan. Dapatan daripada analisis deskriptif menunjukkan bahawa guru-guru BKD memerlukan pembinaan media e-Lagu pada tahap yang tinggi dengan nilai min 3.89 dan sisihan piawai (SP) 0.503. Hasil ujian-t berpasangan bagi kumpulan rawatan adalah (t (14) = -16.760, p |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |