|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
|
||||||||||||||||||||||||||
| Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
| Kajian ini dijalankan untuk menilai sejauh mana pelaksanaan Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP) di sekolah rendah daerah Petaling Perdana dalam kalangan guru matematik. Penyelidik menggunakan Model Penilaian KIPP Stufflebeam dalam mengkaji persepsi guru terhadap dimensi konteks, input, proses, dan produk. Bahkan, kajian turut mengenal pasti saling perhubungan antara setiap dimensi penilaian, sumbangan pengaruh dimensi penilaian konteks, input, dan proses ke atas dimensi penilaian produk dalam pelaksanaan KPP serta peramal terbaik bagi dimensi penilaian konteks, input, dan proses untuk dimensi penilaian produk dalam pelaksanaan KPP. Kajian ini melibatkan seramai 234 orang guru Matematik daripada 89 buah sekolah rendah di Daerah Petaling Perdana. Instrumen kajian merupakan borang soal selidik yang mengandungi lima bahagian, iaitu demografi, konteks, input, proses dan produk. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS Versi 27.0 menggunakan analisis deskriptif dan inferensi. Analisis deskriptif menjelaskan tahap persepsi guru dengan menggunakan peratus, sisihan piawai dan min manakala statistik inferensi pula melibatkan korelasi dan ujian regreasi berganda. Dapatan kajian secara keseluruhannya menunjukkan persepsi guru terhadap pelaksanaan KPP berada pada tahap tinggi dimana nilai min 3.880 hingga 4.210 manakala nilai sisihan piawai diantara 0.764 hingga 0.968. Terdapat hubungan yang signifikan, positif dan kuat antara dimensi-dimensi-dimensi dengan nilai r diantara 0.489 hingga 0.738 dimana nilai r > 0.50 dianggap hubungan yang kuat. Ujian regresi berganda, menunjukkan dimensi penilaian konteks, dimensi penilaian input dan dimensi penilaian proses mempengaruhi dimensi penilaian produk dalam pelaksanaan KPP. Dengan itu, dapatlah disimpulkan bahawa dimensi penilaian input merupakan peramal terbaik untuk dimensi penilaian produk. Kesimpulannya, para guru harus memahami, memberikan komitmen yang tinggi dan memainkan peranan yang penting dalam melaksanakan amalan KPP bagi meningkatkan kualiti profesion perguruan.Implikasi kajian ini mencadangkan bahawa amalan kolaboratif dalam kalangan guru dapat menggalakkan pertukaran pandangan, perkongsian bahan pengajaran, serta kerjasama dalam merancang dan melaksanakan aktiviti pembelajaran yang lebih berkesan. |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |