UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Main Author :Siti Warhaqah Mior Zulbahri
Additional Authors :
  • Anida Sarudin
Title : Analisis perlambangan anatomi mulut dalam simpulan Bahasa dari sudut budaya masyarakat Melayu
Hits :10
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of Publication :2025
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Click to view PDF file

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis mengenai sikap dan tingkah laku masyarakat Melayu mengenai budaya masyarakat Melayu berdasarkan simpulan bahasa berasaskan anatomi mulut. Terdapat tiga objektif yang telah dikaji iaitu, mengenal pasti makna konteks leksikal dalam metafora anatomi mulut di dalam media sosial, objektif kedua adalah menganalisis domain makna metafora dalam simpulan bahasa berasaskan anatomi mulut berdasarkan Teori Inkuisitif bagi menjelaskan pemikiran masyarakat Melayu dan objektif ketiga adalah untuk menghuraikan justifikasi domain makna metafora dalam simpulan bahasa mengikut perspektif budaya dan akal budi masyarakat Melayu. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kualitatif dengan mengutamakan kaedah analisis kandungan kerana dapat menganalisis ciri-ciri perbualan dan penulisan yang dituturkan oleh masyarakat Melayu. Analisis kandungan yang digunakan ialah analisis kandungan relational, iaitu analisis makna yang mempunyai hubungan sesuatu konsep yang terdapat dalam sesuatu kandungan bahan yang diuji. Kaedah kajian ini juga menggunakan dua instrumen, iaitu pertama borang senarai semak bagi empat buah kamus untuk mencari makna atau maksud yang bersesuaian dan kedua borang senarai semak untuk menganalisis makna simpulan bahasa melalui platform media sosial. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pemikiran masyarakat Melayu sememangnya mencipta simpulan bahasa berdasarkan anatomi mulut yang mempunyai perkaitan yang kuat dengan sifat manusia semula jadi. Oleh demikian, kajian ini membuktikan bahawa simpulan bahasa yang telah tercipta sememangnya mempunyai kaitan berdasarkan sikap dan tingkah laku yang dipaparkan oleh masyarakat Melayu. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan anatomi mulut yang diambil daripada tiga simpulan bahasa seperti _mulut murai_, _mulut tempayan_ dan _perang mulut_ menunjukkan bahawa persamaan sikap dan tingkah laku masyarakat Melayu dapat menonjolkan sikap dan tingkah laku masyarakat Melayu dari sudut baik dan buruk. Implikasi kajian ini adalah masyarakat dapat mengetahui sikap dan tingkah laku masyarakat dahulu hingga kini dan boleh dijadikan teladan untuk perkara yang baik.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.