Pembangunan modul pembelajaran irama gitar bes bagi rentak joget
Type
Thesis
Main Author
Mohamad Mu'izz Mohamad Zuki
Additional Authors
Sajastanah Imam Koning (advisor)
Subject
MT Musical instruction and study
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Muzik dan Seni Persembahan
Year of publication
2025
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun
Abstract
Kajian ini adalah berkaitan dengan proses pembangunan modul pembelajaran irama gitar bes bagi rentak joget. Objektif kajian pula adalah untuk menghasilkan modul pembelajaran irama gitar bes bagi rentak joget, menentukan isi kandungan modul tersebut, serta menilai kebolehgunaan modul. Instrumen kajian temu bual berstruktur, kajian perpustakaan dan juga soal selidik telah digunakan untuk mencapai objektif ini. Hasil kajian mendapati model ADDIE sesuai untuk membangunkan modul ini. Temu bual dengan pakar pula telah berjaya mengisi isi kandungan yang diperlukan modul. Dapatan menunjukkan isi kandungan modul berjaya meningkatkan kemahiran pelajar Nilai min 4.40 (sangat baik) manakala nilai min untuk aspek peningkatan minat pelajar pula adalah 3.80 (baik). Kesimpulannya, modul ini bukan sahaja memenuhi objektif kajian, malah berpotensi menjadi alat bantu pembelajaran yang signifikan dalam pendidikan muzik di peringkat sekolah menengah.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.